awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Kandis: PAS umum bertanding lepas jumpa Zahid

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/07/2018
10:36 MYT
PRK Sungai Kandis: PAS umum bertanding lepas jumpa Zahid
Takiyuddin berkata pertemuan dengan Ahmad Zahid masih belum diputuskan, namun ia akan berlaku sama ada hari ini atau esok. -Gambar fail
PAS akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis selepas mengadakan perbincangan dengan UMNO selewat-lewatnya esok.
Menurut Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih belum diputuskan lagi namun ia akan berlaku sama ada hari ini atau esok.
“Apa yang boleh saya kongsikan adalah kami akan berjumpa sebelum esok. Kami akan berjumpa sebagai parti pembangkang dengan parti pembangkang yang lain.
“Buat masa ini kami sedang bersiap sedia untuk menghadapi hari pertama persidangan esok, jadi belum diputuskan bila akan berjumpa dengan UMNO,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Ahad.
Tambahnya, apa saja boleh berlaku seperti kemungkinan meletakkan calon bertanding pada PRK Sungai Kandis berdasarkan keputusan pada pertemuan itu.
Terdahulu, Zahid Hamidi berkata, UMNO bersama parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) akan melakukan perbincangan bersama Pas untuk meletakkan hanya seorang calon mewakili pihak pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos ini.
BACA: PRK Sungai Kandis: Pas, UMNO bincang strategi letak hanya satu calon pembangkang
Perbincangan itu dibuat sebagai salah satu strategi oleh pihak pembangkang untuk memastikan pertandingan satu lawan satu pada PRK itu, sekali gus meningkat peluang calon terpilih untuk menang.
PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PAS
#PRK
#sungai kandis
#Takiyuddin Hassan
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan