awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi harap pertimbang keputusan, Khairy pasti Nurul Izzah akan kembali

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
17/12/2018
11:15 MYT
Rafizi harap pertimbang keputusan, Khairy pasti Nurul Izzah akan kembali
(Dari kiri) Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy... tiga pemimpin muda dengan harapan dan manifesto berbeza. - Twitter/@rafiziramli
Bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli berharap agar Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertimbangkan semula keputusan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR.
Kata Rafizi, beliau tahu Nurul Izzah boleh mempertahankan idealisme reformasi dengan kedudukan kanan beliau di dalam kepimpinan PKR.
"Saya berharap beliau mempertimbangkan keputusan itu. Beliau tahu saya merasakan beliau boleh mempertahankan idealisme reformasi dengan kedudukan kanan beliau di dalam kepimpinan Keadilan," tulisnya dalam entri terbaharu di blognya hari ini.
PERLETAKAN JAWATAN @n_izzah Saya menerima panggilan yang tidak putus-putus dari kalangan pendokong KEADILAN, wartawan dan orang ramai mengenai berita perletakan jawatan Saudari Nurul Izzah dari jawatan kepimpinan. Berikut adalah pandangan saya:https://t.co/TnNHdJnBFP
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 17, 2018
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin dalam satu tweet terbaharunya, yakin bahawa Nurul Izzah akan kembali apabila negara sudah bersedia dengan perubahan politik dalam generasi.
Tambahnya, adalah satu kerugian jika Nurul Izzah tidak kembali dalam barisan hadapan politik.
An exemplary MP and worthy opponent. I am sure once the country is finally ready for a generational change in politics, @n_izzah will be back. It would be a terrible waste if she doesnt return to frontline politics. https://t.co/DBBgg9iUNQ
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 17, 2018
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau menyifatkan peletakan jawatan oleh Nurul Izzah sebagai mengejut dan menyedihkan.
BACA: Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR
BACA: Jangan komen bagi pihak saya! - Nurul Izzah
Tulis Nik Nazmi di Instagramnya, dengan prestasi yang ada, Nurul Izzah sememangnya layak diangkat menjadi menteri Kabinet.
View this post on Instagram
Keputusan @n_izzah mengejutkan dan tentulah menyedihkan. Sebagai sahabat lama dan rakan seperjuangan dalam parti, saya lihat harga besar yang beliau bayar dalam kehidupan kerana perjuangan. Beliau membuktikan kebolehan Naib Presiden undi tertinggi tiga pemilihan berturut-turut, dan Ahli Parlimen tiga penggal. Beliau layak jadi Menteri kabinet. Ramai anak muda dan wanita Melayu Muslim dan Malaysia amnya melihat beliau sebagai ikon. Gambar ketika pembukaan Parlimen selepas PRU14.
A post shared by Nik Nazmi Nik Ahmad (@niknazminikahmad) on
Dec 17, 2018 at 12:54am PST
Pada Isnin, Nurul Izzah meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR, dan juga Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baru disandangnya selama satu hari.
Dalam satu kenyataan kepada media, ahli politik berusia 38 tahun itu mengesahkan perkara tersebut dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga pemilihan seterusnya diadakan.
BACA: 'Saya tidak tahu mengapa Nurul Izzah letak jawatan' - Tun M
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Nik Nazmi
#Nurul Izzah
#PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan