Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban akan bertanding di kerusi Parlimen Semporna pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ramlee yang sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya di bawah parlimen itu dijangka berdepan pencabar yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan).
Bagaimanapun, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan masih belum mendedahkan sama ada akan mempertahankan kerusi parlimen itu dan hanya akan diketahui pada majlis penamaan calon Warisan, esok.
Manakala, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri, Tan Sri Musa Aman pula mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup memberi laluan kepada anaknya Arthur Joseph Kurup untuk bertanding kerusi Parlimen Pensiangan yang disandangnya pada PRU13.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula hanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan melepaskan kerusi Parlimen Keningau yang akan ditandingi Naib Presiden PBS Datuk Daniel Kinsik.
Presiden UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran manakala Presiden LDP yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang (DUN Tanjong Kapor).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang berpindah ke kerusi Parlimen Sepanggar.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dan Kota Marudu.
BN Sabah turut mengetengahkan 15 muka baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam muka baru di kerusi Parlimen pada PRU-14 ini.
Muka-muka baharu yang ditampilkan bertanding bagi kerusi Parlimen iaitu Datuk Joseph Lee (Kota Kinabalu) dan Caesar Mandela Malakun (Penampang). Yamani Hafez Musa pula menggantikan penyandang kerusi Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang akan bertanding di kerusi DUN Sindumin.
Senarai Calon BN Yang Akan Bertanding Parlimen & DUN*
*PARLIMEN P.167 KUDAT*
Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO) (kekal)
*Dun N.01 BANGGI*
Datuk Mohd Mijul Hj Unaini (UMNO) (kekal)
*Dun N.02 TANJONG KAPOR*
Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang (LDP) (kekal)
*Dun N.03 PITAS*
Datuk Bolkiah Ismail (UMNO) (kekal)
*PARLIMEN P.168 KOTA MARUDU*
Dato' Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS) (kekal)
*Dun N.04 MATUNGGONG*
Pn. Julita Majunki (PBS) (muka baru)
*Dun N.05 TANDEK*
Datuk Lasiah Baranting @ Anita (PBS) (kekal)
*PARLIMEN P.169 KOTA BELUD*
Datuk Seri Panglima Dr. Mohamed Salleh Tun Haji Mohamed Said bin Keruak (UMNO) (tukar kerusi)
*Dun N.06 TEMPASUK*
Datuk Hj Musbah Hj Jamli (UMNO) (kekal)
*Dun N.07 KADAMAIAN*
Encik Ewon Benedick (UPKO)(muka baru)
*Dun N.08 USUKAN*
Datuk Japlin Akim (UMNO)(kemasukan semula)
*PARLIMEN P.170 TUARAN*
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO)(kekal)
*Dun N.09 TAMPARULI*
Datuk Jahid Jahim (PBS)(kekal)
*Dun N.10 SULAMAN*
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (UMNO)(kekal)
*Dun N.11 KIULU*
Datuk Joniston Bangkuai (PBS)(kekal)
*Parlimen P.171 SEPANGGAR*
Datuk Seri Panglima Abd Rahman Dahlan (UMNO)(tukar kerusi)
*Dun N.12 KARAMBUNAI*
Datuk Jainab Ahmad (UMNO)(kekal)
*Dun N.13 INANAM*
Datuk Johny Goh (PBS)(kemunculan semula)
*P.172 KOTA KINABALU*
Datuk Joseph Lee (PBS)(muka baru)
*Dun N.14 LIKAS*
Datuk Chin Su Ying (LDP)(muka baru)
*Dun N.15- API-API*
Datuk Dr. Yee Moh Chai (PBS)(kekal)
*Dun N.16 LUYANG*
Dr . Pamela Yong (MCA)(muka baru)
*P.173 PUTATAN*
Datuk Dr Marcus Mojigoh (UPKO)(kekal)
*Dun N.17 TANJUNG ARU*
Datuk Ir Edward Yong Oui Fah (PBS)(kekal)
*Dun N.18 PETAGAS*
Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (UMNO)(kekal)
*P.174 PENAMPANG*
Tn. Caesar Mandela Malakun (UPKO)(muka baru)
*Dun N.19 KAPAYAN*
Datuk Francis Goh (MCA)(muka baru)
*Dun N.20 MOYOG*
Datuk (Dr.) Donald Peter Mojuntin (UPKO)(kemunculan semula)
*P.175 PAPAR*
Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (UMNO)(kekal)
*Dun N.21 KAWANG*
Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (UMNO)(kekal)
*Dun 22 PANTAI MANIS*
Datuk Abdul Rahim Ismail (UMNO)(kekal)
*P.176 KIMANIS*
Datuk Seri Anifah Aman (UMNO)(kekal)
*Dun N.23 BONGAWAN*
Datuk Mohamad Alamin (UMNO)(kekal)
*Dun N.24 MEMBAKUT*
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (UMNO)(kekal)
*Parlimen P.177 BEAUFORT*
Datuk Hajah Azizah Mohd Dun ( UMNO)(kekal)
*Dun N.25 KLIAS*
Datuk Isnin Haji Alisaneh (UMNO)(kekal)
*Dun N.26 KUALA PENYU*
Datuk Limus Jury (UPKO)(kekal)
*Parlimen P.178 SIPITANG*
Encik Yamani Hafez Musa (UMNO)(muka baru)
*Dun N.27 LUMADAN*
Tn. Matbali Musa (UMNO)(muka baru)
*Dun N.28 SINDUMIN*
Datuk Sapawi Bin Amat Wasali @ Ahmad (UMNO) (tukar kerusi)
*Parlimen P.179 RANAU*
Datuk Dr.Ewon Ebin (UPKO)(kekal)
*Dun N.29 KUNDASANG*
Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS)(kekal)
*Dun N.30 KARANAAN*
Datuk Masidi Manjun (UMNO)(kekal)
*Dun N.31 PAGINATAN*
Datuk Abidin Madingkir (UPKO)(muka baru)
*Parlimen P.180 KENINGAU*
Datuk Daniel Kinsik (PBS)(muka baru)
*Dun N.32 TAMBUNAN*
TS Pairin Kitingan(kekal)
* Dun N.33 BINGKOR*
Tn Peter@Aliun (PBS) (muka baru)
*Dun N. 34 LIAWAN*
Datuk Sairin Karno (UMNO)(kekal)
*Parlimen P.181 TENOM*
Datuk Rubin Balang (UMNO)(kekal)
*Dun N.35 MELALAP*
Datuk Seri Panglima Radin Maleh (PBS)(kekal)
*Dun N.36 KEMABONG*
Jamawi Jaafar (UMNO)(muka baru)
*Parlimen P.182 PENSIANGAN*
Encik Arthur Joseph Kurup (PBRS)(muka baru)
*Dun N.37 SOOK*
Datuk Ellron Angin (PBRS)(kekal)
*Dun N.38 NABAWAN*
Datuk Bobbey Suan (UPKO)(kekal)
*Parlimen P.183 BELURAN*
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (UMNO)(kekal)
*Dun. N.39 SUGUT*
Datuk James Ratib (UMNO) (kekal)
*Dun N.40 LABUK*
Tn Abd Rahman Kunkawang (PBS) (muka baru)
*Parlimen P.184 LIBARAN*
Datuk Zakaria bin Haji Mohd Edris @ Tubau (UMNO)
*Dun N.41 GUM-GUM*
Datuk Juslie Hj Ajirol (UMNO) (tukar kerusi)
*Dun N.42 SUNGAI SIBUGA*
Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (UMNO)(kekal)
*Parlimen P.185 BATU SAPI*
Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS)(kekal)
*Dun N.43 SEKONG*
Datuk Samsuddin Yahya (UMNO)(kekal)
*Dun N.44 KARAMUNTING*
Tn. Lim Kai Ming (LDP) (muka baru)
*Parlimen P.186 SANDAKAN*
Datuk Lim Ming Ho (LDP) (muka baru)
*Dun N.45 Elopura*
Chan Tzun Hei (GERAKAN) (muka baru)
*Dun N.46 TANJUNG PAPAT*
Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah (GERAKAN) (kekal)
*Parlimen P.187 KINABATANGAN*
Datuk Bung Moktar Radin (UMNO) (kekal)
*Dun N.47 KUAMUT*
Datuk Masiung Banah (UPKO) (kekal)
*Dun N.48 SUKAU*
Datuk Saddi Hj Abdul (UMNO) (kekal)
*Parlimen P.188 SILAM*
Datuk Datu Nasrun Bin Datu Mansur (UMNO) (kekal)
*Dun N.49 TUNGKU*
Hajah Mizma Binti Apehdullah (UMNO) (muka baru)
*Dun N.50 LAHAD DATU*
Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal (UMNO) (kekal)
*Dun N.51 KUNAK*
Datuk Hj Nilwan Kabang (UMNO) (kekal)
*Parlimen P.189 SEMPORNA*
Datuk Haji Ramlee Marahaban (UMNO) (kerusi baru)
*Dun N.52 SULABAYAN*
Datuk Haji Harman Mohamad (UMNO) (kemunculan semula)
* Dun N.53 SENALLANG*
Dato' Haji Nasir Tun Haji Sakaran(UMNO) (kekal )
*Dun N.54 BUGAYA*
Haji Razak Tun Sakaran (UMNO) (muka baru)
*Parlimen P.190 TAWAU*
Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (PBS) (kekal)
*Dun N.55 BALUNG*
Datuk Osman Jamal (UMNO) (muka baru)
*Dun N.56 APAS*
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (UMNO) (muka baru)
*Dun.57 Sri Tanjong*
Loo Suh Fui (PBS) (muka baru)
*P.191KALABAKAN*
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh(UMNO) (kekal)
*Dun N.58 MEROTAI*
Tn. Lim Ting Kai (LDP) (muka baru)
*Dun N.59TANJUNG BATU*
Datuk Hajah Hamisa Samat (UMNO) (kekal)
*Dun N.60 SEBATIK*
Datuk Haji Abdul Muis Picho (UMNO) (kekal)
Ruzaini Zulkepli, Fifi Harteeny Marzuki
Thu Apr 26 2018
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengangkat tangan bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) selepas membuat pengumuman calon BN pada Majlis Pengumuman Calon BN Sabah hari ini.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Ramlee Marahaban tanding Parlimen Semporna PRU14
Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban akan bertanding di kerusi Parlimen Semporna pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).