Tohmahan yang dibuat dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Yong Choo Kiong dan A Sivasubramaniam, terhadap DAP Perak dan pimpinannya semalam, adalah tidak berasas.
Demikian ditegaskan Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh, merujuk kepada dakwaan dibuat kedua-dua ADUN itu bahawa DAP Perak mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar (MB).
Katanya, tindakan kedua-dua bekas ADUN itu merupakan satu percubaan melulu untuk menjustifikasikan tindakan keluar parti mereka.
“Reaksi untuk mencari alasan dan membuat tohmahan ini bukan sesuatu yang di luar jangkaan, memandangkan tindakan mereka yang mengkhianati pilihan dan mandat rakyat telah dikecam oleh pengundi-pengundi.
“Sikap sedemikian juga mestilah dikecam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, sekali gus memberi indikasi bahawa DAP Perak dalam siri mesyuaratnya tidak pernah merancang untuk menjatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB Perak.
BACA: "Memang ada rancangan jatuhkan MB Perak" - Bekas ADUN DAP
BACA: 2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
BACA: DAP batal keahlian tiga ADUN
Tambah Wong, kedua-dua ADUN tersebut, yang telah bertanding dan menang atas tiket DAP menerusi Pakatan Harapan (PH), sekal igus perlu memenuhi mandat rakyat, dan bukan bekerjasama dengan Perikatan Nasional.
“Amanah dan mandat daripada rakyat adalah jelas, iaitu menolak kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) pada ketika itu.
"Bukannya untuk kedua-dua mereka terus bekerjasama dengan bekas MB Perak Ahmad Faizal yang telah mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional dengan BN.
“Walau apa yang diutarakan sebagai alasan atau justifikasi, tindakan kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada pembentukan kerajaan campuran Perikatan Nasional, yang sekali gus menumbangkan Kerajaan PH Perak,” ujarnya.
Dalam sidang media semalam, kedua-dua bekas pemimpin DAP itu mengesahkan wujud rancangan menjatuhkan Ahmad Faizal dan kerajaan negeri Perak ketika pemerintahan PH sebelum ini.
Mereka mendakwa, rancangan tersebut sudah lama dibincangkan oleh Jawatankuasa DAP Perak dan menjadi antara isu yang dibincangkan setiap kali mereka bermesyuarat.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Mar 11 2020
WONG: Amanah dan mandat daripada rakyat adalah jelas, iaitu menolak kerajaan kleptokrasi BN ketika itu. Facebook Wong Kah Woh
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.