awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/03/2017
08:59 MYT
Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin
Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan PPBM yang mengatakan parti Islam itu mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU. - Gambar fail
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengatakan parti Islam itu mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Selain tidak tahu bila perbincangan tersebut diadakan, Idris turut menegaskan PAS masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pembahagian kerusi dengan PPBM.
“Belum ada tarikh ditetapkan, untuk tarikh itu kita tidak tahu.
“Pas tak ada kata putus lagi,” jawab ringkas Idris ketika ditemui di Parlimen hari ini.
BACA: PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi PRU - Muhyiddin
BACA: PAS tolak DAP, sedia bincang dengan PPBM
Beliau pada masa sama tidak dimaklumkan oleh mana-mana pimpinan PAS berhubung perbincangan kerusi dengan PPBM.
“Mungkin saya terlepas pandang, tapi tak ada (dimaklumkan tentang perbincangan),” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memaklumkan satu mesyuarat kepimpinan PAS Pusat akan diadakan pada Isnin depan.
Namun, beliau tidak memperincikan agenda mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.
Semalam, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRU14.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#PPBM
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan