POLITIK
RUU 355: "Saya akan lihat draf itu" - Hadi Awang

ABDUL HADI: Saya akan lihat draf itu. - Gambar fail
"Saya akan lihat draf itu," jawab ringkas Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung hasrat kerajaan untuk membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Beliau yang juga Presiden PAS juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya adakah parti itu telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk meminda akta tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan pindaan Akta 355 pada sidang Parlimen kali ini.
Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk menterjemahkan hasrat berkenaan tanpa menggugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami