Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Indera Mahkota bagi mewakili PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Ini menyaksikan, Saifuddin yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), bakal menentang Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang diumumkan sebagai calon Pas yang akan bertanding di kawasan itu.
Selain itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing dan Parlimen Kuantan pula akan terus dipertahankan Fuziah Salleh untuk penggal ketiga.
BACA: Nasrudin Tantawi diumum calon kerusi Parlimen Indera Mahkota
Bagi kerusi DUN Semambu, penyandangnya, Lee Chean Chung akan mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini, begitu juga bagi DUN Teruntum akan ditandingi penyandangnya, Sim Chon Siang.
DUN Panching pula, PH akan meletakkan penyelaras DUN itu daripada PKR, Kamarzaman Mohamed Yunus manakala DUN Inderapura pula, pembangkang akan meletakkan calon daripada PKR, Fakhrul Anuar Zulkawi.
PH juga meletakkan calon daripada PPBM, Mohd Yazid Mohd Yunus untuk merampas kerusi Parlimen Paya Besar yang juga kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Dua calon daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) pula ialah Zulkifli Mohamed untuk kerusi DUN Beserah dan Sabrina Md Yusoff bagi kerusi DUN Tanjung Lumpur.
Pengumuman itu dibuat Fauzi dalam majlis Jamuan Makan Malam PRU14 di sini, malam tadi.
Pada PRU13 Nasrudin pernah menewaskan Saifuddin di Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070 undi.
Noraniza Kamsani
Sat Apr 14 2018
Saifuddin (kiri) bakal menentang Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Tantawi.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
PRU15: Saifuddin Abdullah pertahan kerusi Indera Mahkota
Saifuddin berjaya memperoleh 41,692 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Zuraidi Ismail yang hanya meraih 33,293 undi.
'Mungkin kerusi Majlis Pimpinan Pusat...' - Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah tidak menolak kemungkinan bertanding pada pemilihan PKR yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan.
Hogoh Undi: Lima kerusi saingan sengit di Pahang
Persoalannya adalah sama ada BN Pahang mampu menekan kemajuan Pakatan Harapan dan PAS yang sudah berjaya membolosi tembok-tembok negeri yang suatu masa dahulu dianggap kubu kuat BN?
Pertandingan tiga penjuru, calon PRU14 cari sinar di Indera Mahkota
Walaupun merupakan kerusi disandang PKR, pertembungan tiga penjuru Parlimen Indera Mahkota juga dilihat sengit buat Pas dan BN.
Mayat dua pekerja warga China lemas ditemui
mangsa yang dikenali sebagai Chen Xi berusia 29 tahun ditemui pada jam 9.33 pagi manakala rakannya, Ren Cheng yang juga berusia 29 tahun ditemui jam 10.04 pagi.
YB lari kerana takut kalah?
Ada yang mendakwa beliau lari meninggalkan kawasan Parlimen Temerloh yang beliau jadi wakil rakyatnya sejak lima tahun lalu untuk mendapatkan perlindungan di tempat selamat.
Saifuddin sah menentang Nasrudin di Indera Mahkota
Datuk Saifuddin bakal menentang Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang diumumkan sebagai calon pada 11 April lepas.
Adakah Pahang masih lagi kubu kuat Barisan Nasional?
Namun persoalannya pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ini, adakah BN masih lagi boleh menganggap Pahang sebagai salah satu kubu kuatnya apabila pembangkang mensasarkan kerusi marginal?
Nasrudin Tantawi diumum calon kerusi Parlimen Indera Mahkota
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Nasrudin pada pilihan raya lalu.
Buka mata, jangan ulangi kesilapan dua pilihan raya
Beliau berkata pembangkang hanya boleh menawarkan 'janji popular' untuk meraih sokongan rakyat, walaupun pada hakikatnya mereka tidak mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat.