Lembaga Disiplin UMNO menolak dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Saifuddin Abdullah melakukan kesalahan serius apabila muncul di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, minggu lalu.
Walaupun sebelum ini Tengku Adnan berpendapat tindakan Saifuddin mencemarkan imej parti, Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berpandangan Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri program itu, sambil menambah, malah ia mungkin boleh memberi manfaat kepada UMNO.
"Kalau setakat nak hadir dalam acara pembangkang saya rasa tidak ada masalah. Biasalah itu. Tapi kalau dia hadir, kemudian aktif kutuk UMNO, itu lain cerita.
"Kalau hanya hadir, tidak ada apalah. Kita pun nak dengar juga apa fakta, peranan dan hujah pembangkang di sana," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu akan dipecat daripada UMNO kerana mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, Selasa lalu.
Saifuddin ketika itu berkata beliau mengambil bahagian dalam rundingan itu atas kapasitinya sebagai pengerusi Akademi Belia.
Kehadirannya itu mendorong Tengku Adnan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin pada 22 September, menuntut beliau menjelaskan tindakannya dalam tempoh 14 hari.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini berkata Saifuddin berkemungkinan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri acara tersebut.
Beliau turut melihat wujud kewajaran kepada kepimpinan parti untuk mengarahkan Saifuddin mengemukakan surat tunjuk sebab atas kehadiran beliau pada Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.
Pada Isnin, Saifuddin memberitahu pemberita, beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab yang dikatakan itu daripada UMNO.
Astro Awani
Wed Sep 30 2015
Saifuddin dikatakan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.
Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
Shahelmy serah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk buat keputusan
Shahelmey berkata, beliau sedia berdepan sebarang tindakan dan tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin UMNO dengan melakukan perlakuan atau kenyataan yang kurang wajar.
Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.
Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.
Suara anak muda dalam UMNO disekat? - Syed Mohd
Syed Mohd mendakwa dia diminta berhati-hati kerana ada pihak sedang giat melaporkan semua kritikannya kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Tengku Razaleigh.
Selesai bertemu Lembaga Disiplin UMNO, MKT akan tentukan nasib Tun Faisal
Tiada keputusan baharu dibuat berhubung penggantungan itu dan pertemuan selama satu jam itu hanya melibatkan perbincangan dan hujah beliau untuk kes tersebut.
Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.