awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya maafkan Dr Mahathir - Hadi

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2018
04:59 MYT
Saya maafkan Dr Mahathir - Hadi
HADI: Biar dia insaf sendiri...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaafkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun bekas perdana menteri itu melabelkan beliau pengkhianat.
Selain itu, Abdul Hadi juga berharap agar Dr Mahathir insaf dengan perbuatannya memandangkan beliau sudah berusia.
"Antara saya dan dia saya maafkan. (Antara) dia dan Tuhan, dia kena bertaubat.
"Dia orang tua, biar dia insaf sendiri," katanya dalam satu video yang disiarkan di Facebooknya.
Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat Dr Mahathir pada Rabu yang menyindir presiden Pas itu yang didakwa bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti yang pernah dilabel oleh pemimpin Pas sebagai 'kafir'.
BACA: Hadi Awang pengkhianat, kata Tun Mahathir
Pada satu sidang media semalam, Dr Mahathir melabelkan Abdul Hadi sebagai pengkhianat kerana didakwa cuba memecahbelahkan undi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, ketika ditanya adakah kenyataan Dr Mahathir itu sebagai satu tindakan terdesak, Abdul Hadi menasihatkan Dr Mahathir supaya 'tidak memecahkan kepala sendiri'.
"Dia (Dr Mahathir) macam orang terdesak yang rapat ke dinding. Bila rapat ke dinding, tak boleh pergi dah. Dia (akan) tempuh dinding itu, tak pasal-pasal pecah kepala sendiri.
"Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Amanah
#Barisan Nasional
#DAP
#kafir
#Maaf
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
#politik
#PPBM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan