awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya masih lagi Menteri Besar Kedah" - Mukhriz Mahathir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/05/2020
07:08 MYT
"Saya masih lagi Menteri Besar Kedah" - Mukhriz Mahathir
Menurut Mukhriz, pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media. - Gambar fail
"Saya masih lagi Menteri Besar Kedah."
Itu reaksi Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menegaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.

Menurut beliau, pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media, sebaliknya, tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu. Katanya, pembangkang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Suasana politik di Kedah ini saya ingat masih lagi terkawal. Saya masih lagi Menteri Besar, kerajaan masih lagi wujud... maka tidak benarlah dakwaan mana mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam (Selasa). "Ada beberapa proses lagi yang perlu dilaksanakan termasuk melibatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebelum perkara seperti itu (pertukaran Menteri Besar) boleh berlaku. "Jadi selagi belum ianya berlaku maka kerajaan ini masih lagi beroperasi seperti biasa jadi itu sebabnya Mesyuarat Exco boleh dilangsungkan hari ini," kata Mukhriz yang juga ADUN Jerlun.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, pada rabu.

BACA: Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?

BACA: 19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Kemelut politik negeri Kedah bergolak selepas 19 daripada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti, iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).

Topic Berkaitan
#ADUN Jerlun
#akuan bersumpah
#Kedah
#kerajaan negeri
#Menteri Besar
#Mesyuarat EXCO
#Muhammad Sanusi
#Mukhriz Mahathir
#pembangkang
#undi tidak percaya
#Wisma Darul Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan