awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak akan letak jawatan - Pak Wan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/06/2020
09:21 MYT
Saya tidak akan letak jawatan - Pak Wan
Dalam sidang media hari di kediaman beliau di sini, Mohd Redzuan berkata, spekulasi itu tidak benar sama sekali.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini mengulangi pendirian bahawa beliau sama sekali tidak akan meletak jawatan dan meninggalkan parti.
Dalam sidang media hari di kediaman beliau di sini, Mohd Redzuan berkata, spekulasi itu tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, terdapat percubaan kumpulan tertentu yang sengaja membabitkan beliau untuk memecah belah keutuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), serta mengganggu gugat kestabilan politik negara.
“Saya nak ulangi saya tidak meletak jawatan dan tidak akan meletak jawatan.
“Malah (saya) akan terus bekerjasama dengan barisan kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memantapkan pentadbiran dan pengurusan negara, terutamanya dalam keadaan ekonomi mencabar akibat COVID-19,” katanya lagi.
BACA: "Tun M ajak jatuhkan Muhyiddin" - Pak Wan dedah dalam mesyuarat MPT Bersatu
Sebelum ini Mohd Redzuan, lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan, antara nama yang disebut-sebut akan meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional, dan kembali kepada Pakatan Harapan.
Spekulasi itu bertambah hangat apabila beliau mengakui telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, bulan lepas.
Namun ketika ditanya media mengenai pertemuan itu, Mohd Redzuan berkata ia hanya perjumpaan santai sempena Aidilfitri, dan mengakui beliau turut berjumpa beberapa pemimpin politik lain termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bersatu
#COVID-19
#letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Mohd Redzuan Md Yusof
#Muhyiddin Yassin
#pak wan
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#Tugas-tugas Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan