awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang fokus pelancongan kapal persiaran nilai tinggi, manfaat peluasan GSPC
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pemimpin parti Melayu perlu sahut seruan Tun M - Muhyiddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
07/07/2019
10:30 MYT
Semua pemimpin parti Melayu perlu sahut seruan Tun M - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. - Foto BERNAMA
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua pemimpin-pemimpin parti Melayu menyambut seruan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengajak semua parti Melayu bersatu dibawah satu parti.
Muhyiddin menyifatkan seruan Dr Mahathir itu ikhlas untuk memastikan orang Melayu terus kuat dan tidak berpecah belah.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata seruan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu perlu diperhalusi dan mencari kaedah atau pendekatan untuk menyatupadukan orang Melayu.
"Ia bukan sahaja seruan, mungkin perlu duduk bincang bagaimana pendekatan yang boleh diambil untuk menyatupadukan itu langkah-langkah berikutan itu yang perlu dilaksanakan," katanya selepas hadir ke Majlis Hari raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama Warga Polis Diraja Malaysia, di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, pada Ahad.
BACA: Dr Mahathir ajak semua parti Melayu bergabung bawah satu parti
BACA: Pelawaan Tun M akan dibincang dalam Majlis Presiden PH - Anwar
Mengulas mengenai berbagai reaksi yang dibuat oleh beberapa pemimpin ekoran seruan Dr Mahathir itu, Muhyiddin menyifatkan ia perkara biasa.
Malah beliau menjelaskan Dr Mahathir tidak menyebut mana-mana parti politik secara spesifik tetapi semata-mata untuk perpaduan dan penyatuan orang Melayu.
Pada Jumaat lepas, Dr Mahathir mengajak semua parti Melayu bergabung dibawah satu parti untuk memastikan orang Melayu terus kuat dan tidak berpecah belah.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Bersatu
#Mahathir Mohamad
#Melayu
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PAS
#seruan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan