Tutup

'Sengaja nak cucuklah tu...' - Mukhriz akui tak pernah terfikir nak jadi PM ke-8

'Sengaja nak cucuklah tu...' - Mukhriz akui tak pernah terfikir nak jadi PM ke-8
Khairuddin berkata, beberapa nama lain termasuk Mukhriz (gambar) sesuai jadi calon Perdana Menteri ke-8. - Gambar fail
ALOR SETAR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan hari ini beliau tidak pernah terfikir untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Tegasnya, beliau tidak pernah tahu-menahu mengenai kenyataan yang menyifatkannya sebagai calon yang paling sesuai menggantikan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sengaja nak cucuklah tu.. Tak tahulah dari mana (berita) itu... Saya tak pernah terfikir pun (hendak menjawat jawatan PM ke-8)," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pelepasan Walk For Peace di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu yakin akan menjadi pengganti Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
BACA: "Azmin, Mukhriz pun boleh jadi Perdana Menteri"


Jelasnya, nama-nama lain seperti Mukhriz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilihat sebagai calon sesuai bagi menjawat jawatan terbabit.