Tutup

Tanjung Piai sudah memilih, BN rampas semula kerusi dengan majoriti besar

Tanjung Piai sudah memilih, BN rampas semula kerusi dengan majoriti besar
Calon BN iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng berjaya memperoleh undi berjumlah 25,466. -
PONTIAN: Barisan Nasional (BN) bukan sahaja merampas semula kerusi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, malah mendapat majoriti yang lebih besar iaitu 15,086 undi.

Calon BN iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng berjaya memperoleh undi berjumlah 25,466, jauh meninggalkan saingan daripada calon Pakatan Harapan iaitu Karmaine Sardini yang cuma memperoleh 10,380 undi.
Kemenangan itu sekali gus bermakna, Pakatan Harapan hanya mendapat lebih sedikit daripada suku jumlah undi keseluruhan iaitu kurang daripada 27 peratus, manakala BN mendapat lebih 65 peratus keseluruhan kiraan undi sah.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir di pusat penjumlahan rasmi undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, sekitar jam 9.15 malam.
Sementara itu, tiga lagi calon iaitu Presiden Berjasa, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 dan dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 ) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 ).

Kesemua dari Gerakan, Berjasa dan Bebas hilang wang deposit masing-masing.

Peraturan menetapkan calon kehilangan wang deposit jika gagal memperoleh satu perlapan atau 12.5 peratus undi daripada keseluruhan undi dikira.

Daripada jumlah 38,815 undi yang diterima, 595 undi ditolak manakala 30 undi tidak dikembalikan.

Wee, 55, pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai bermula 2008 sebelum ini tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 524 undi.

BACA: Menikmati gelombang kemenangan BN di Tanjung Piai


Tag: prk tanjung piai, politik, barisan nasional, pengundi, pakatan harapan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.