Keputusan parti-parti di Sarawak meninggalkan Barisan Nasional telah diduga selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan ia dibuat kerana memikirkan kepentingan negeri itu sendiri, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Ka Siong berkata keputusan parti-parti di Sarawak dan Sabah keluar dari Barisan Nasional menyebabkan perkataan 'Nasional' dalam gabungan itu tidak memberi makna sebenar.
"BN yang ditubuh pada 1974 itu diperluas dari Perikatan dan kalau kita lihat perkembangan terbaru di Sarawak, perkataan nasional itu lagi mengambarkan nasional yang sebenar.
"BN yang asal itu tidak lagi dalam bentuk lama apabila parti komponen di Sarawak dan Sabah keluar dari gabungan itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Barisan Nasional 'terkubur' di Sarawak
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata sama ada MCA kekal bersama BN atau tidak bukan persoalan sebaliknya perlu dilihat sama ada BN itu masih wujud atau tidak.
Katanya, perkembangan mutakhir ini seolah-olah BN kini kembali seperti Perikatan tidak lagi bersifat nasional kerana parti komponen sudah tidak bersama.
"Isunya bukan siapa masuk atau siap keluar, apa yang perlu dilihat sama ada Barisan Nasional itu masih wujud atau tidak.
"UMNO, MCA dan MIC telah sama-sama berjuang dan kita terima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan kita terima ini sebagai tanggungjawab bersama," katanya lagi.
Beliau menyarankan agar parti-parti dalam BN agar bermuhasabah dan melihat kembali punca kekalahan BN serta melihat nilai sejagat untuk terus berjuang mendapatkan sokongan rakyat.
"Kita terima hakikat kita sudah menjadi pembangkang maka jadilah pembangkang yang baik, pembangkang yang konstruktif," katanya.
Empat parti yang sebelum ini bersama BN mengumumkan keluar dari gabungan tersebut dan berhasrat menubuhkan kerjasama baru yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Keputusan yang dibuat oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Sarawak (PRS); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menjadi sejarah selepas 44 tahun BN menjadi kerajaan pemerintah Negeri Bumi Kenyalang tersebut.
Astro Awani
Tue Jun 12 2018
Kata Ka Siong, semua parti perlu muhasabah dan melihat kembali punca kekalahan dalam PRU14 yang lalu. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).