awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Amalan hari Jumaat dalam tradisi masyarakat Melayu
Machado dedah 'serah' Hadiah Nobel Keamanan kepada Presiden Trump
KESUMA, Johor perkukuh kerjasama pembangunan bakat belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada perpecahan dalam PKR' - Iskandar

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/05/2016
06:43 MYT
'Tiada perpecahan dalam PKR' - Iskandar
Spekulasi mengenai posisi Rafizi timbul susulan pendedahan mesej Whatsapp beliau yang menyatakan wujud salah laku rasuah melibatkan wanita dan wang di Selangor. - Gambar fail
Tiada perpecahan dalam PKR, tegas Naib Presidennya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Saya tidak boleh komen berdasarkan spekulasi.
"Apa yang pasti, segala berkaitan jawatan dalam parti adalah di bawah bidang kuasa Presiden," jelas Shamsul.
Shamsul yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Katil berkata demikian selepas ditanya tentang spekulasi nasib Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berikutan pendedahan mesej WhatsApp berkenaan aduan salah laku di Selangor.
"Semua perkara semasa akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik.
"Ini perkara biasa," kata Shamsul.
BACA: Rafizi jumpa Wan Azizah kemuka dokumen dakwaan salah laku rasuah
BACA: Rafizi tidak dilindungi akta kerana dedah maklumat secara terbuka - Nancy
Ditanya mengenai bagaimana hubungan antara Rafizi dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Shamsul berkata tiada masalah antara mereka.
"Hubungan mereka mesra," jawabnya ringkas.
Spekulasi mengenai posisi Rafizi timbul susulan pendedahan mesej WhatsApp beliau yang menyatakan wujud salah laku rasuah melibatkan wanita dan wang di Selangor.
Namun, selepas itu Rafizi menerangkan bahawa aduan tersebut tidak merujuk kepada mana-mana wakil rakyat Kerajaan Negeri Selangor ataupun individu yang berkhidmat untuk kerajaan Selangor.
Azmin dalam pada itu telah menyelar pihak yang mendakwa sedemikian dan menyifatkannya satu serangan politik untuk memburukkan imej kerajaan Selangor yang diterajuinya.
Topic Berkaitan
#Mohamed Azmin Ali
#PKR
#Rafizi Ramli
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan