awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tidak pasti jika saya salah seorang dari tujuh individu yang disiasat" - Ku Li

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
29/10/2015
06:18 MYT
"Tidak pasti jika saya salah seorang dari tujuh individu yang disiasat" - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak pernah mengatakan bahawa perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang yang lemah. - Gambar Fail
Ahli politik veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan ketidakpastiannya sama ada beliau merupakan salah seorang tujuh individu yang disiasat parti selepas didakwa mengeluarkan kenyataan negatif tentang kepimpinan parti itu di khalayak.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Tengku Razaleigh yang juga mesra dengan panggilan Ku Li berkata beliau bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja (tindakan).
"Saya tinggalkan perkara ini kepada takdir. Saya dah lama dalam parti. Lebih lama dari mereka," kata Ahli Parlimen Gua Musang tersebut.
Tambahnya, beliau juga sudah menjadi Ahli Parlimen lebih lama jika dibandingkan dengan ahli-ahli lain yang berada di sidang itu.
Apabila ditanya mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh parti itu, Ku Li berkata ianya merupakan amalan biasa dalam mana-mana organisasi.
"Semua organisasi mempunyai peraturan dan ahlinya tertakluk kepada peraturan tersebut. Organisasi seperti kesatuan pekerja dan parti komunis pun ada peraturan macam ini.
"Mereka menyiasat serta menjejaki pergerakan ahli, lebih-lebih lagi bagi organisasi yang mempunyai seorang pemimpin yang lemah. Mereka berbuat sedemikian untuk memastikan ahli-ahli parti mengikut mereka," kata beliau.
Apabila ditanya jika individu lemah yang dimaksudkan itu ialah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak Ku Li menafikannya.
"Saya tidak berkata apa-apa pun. Dalam Bahasa Inggeris, perbuatan anda ialah 'putting words in my mouth'," tambahnya.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan tujuh individu dalam UMNO sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak patut ‘dibuat di khalayak.
Namun, Tengku Adnan tidak menamakan pihak yang disiasat.
Topic Berkaitan
#Ku Li
#Najib Razak
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan