Tujuh individu dalam UMNO sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak patut ‘dibuat di khayalak’, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Kami dah penat dengan ‘mereka’ ini. Jadi siasatan sedang dijalankan buat masa ini dan sebaik sahaja selesai, kita lihat apa hasilnya,” kata Tengku Adnan.
Tambah beliau, hasil siasatan akan dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum ia dibawa ke jawatankuasa disiplin parti.
Apabila ditanya identiti tujuh individu tersebut, beliau enggan mendedahkannya.
“Mereka tahu siapa mereka. Mungkin anda juga tahu siapa mereka berdasarkan kenyataan yang telah dibuat selama ini,” kata Tengku Adnan ketika ditemui di lobi Parlimen pada tengah hari Rabu.
Katanya lagi, UMNO mempunyai perlembagaan dan kod etikanya tersendiri.
“Jika sudah tidak percaya perjuangan parti, tinggalkanlah. Kita tidak perlukan gunting dalam lipatan atau duri dalam daging,” kata beliau yang tidak memberi jawapan ketika ditanya sama ada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara yang sedang disiasat.
Pada 5 Oktober lalu, Tengku Adnan berkata ‘enam atau tujuh’ pemimpin UMNO sedang dipantau kerana sering dilihat mengkritik parti dan kerajaan.
“Jika tindakan perlu diambil ke atas mereka, kita akan serahkan kertas siasatan kepada jawatankuasa disiplin memandangkan kita tiada kuasa untuk mengambil tindakan sendiri ke atas mereka,” ujar beliau.
Beliau turut menggesa Dr Mahathir agar tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
“Dr Mahathir sudah bersara... cukuplah. Biar kerajaan sekarang ini selesaikan masalah. Walau apapun, saya menghormati pandangannya,” kata Tengku Adnan.
Hafiz Marzukhi
Wed Oct 28 2015
TENGKU ADNAN: Siasatan sedang dijalankan buat masa ini dan lihat saja hasilnya sebaik sahaja selesai.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Presiden KLHA mohon pinda tarikh pendengaran rayuan hukuman
Beliau telah mendapat tarikh sesi pendengaran rayuan yang ditetapkan jawatankuasa itu pada 29 Dis ini, namun beliau mempunyai komitmen dan tanggungjawab lain.
Jawatankuasa Disiplin PKR siasat dakwaan Zuraida hina pemimpin tertinggi parti
Aduan terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan lanjut.
Alves digantung tiga perlawanan
Semasa tewas 2-1 kepada seteru Ligue 1, Lyon, Alves diarahkan keluar padang kerana menjerit ke arah pengadil, Clement Turpin, berikutan dituduh menjatuhkan Tanguy Ndombele.
Tindakan terhadap anggota PAS sertai Bersih 5.0 - Abdul Hadi
PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang didapati menyertai perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, kata Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
'Bukan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang pecat saya' - Hamidah
Jelas Hamidah, Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang surat yang memerlukannya tampil memberikan penjelasan.
Wakil jawatankuasa disiplin di setiap bahagian Umno untuk elak sabotaj
Datuk Seri Najib Razak hari ini bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.