awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan urusan kerajaan sebelum usul lain dibahas pada sidang 18 Mei - Takiyuddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
08/05/2020
07:23 MYT
Utamakan urusan kerajaan sebelum usul lain dibahas pada sidang 18 Mei - Takiyuddin
Takiyuddin berkata sebarang usul yang diterima dan dibenarkan bahas untuk persidangan kali ini perlu dibahaskan dalam tempoh sidang kali ini. - Gambar fail
Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini akan mengutamakan urusan-urusan kerajaan terlebih dahulu sepertimana amalan biasa, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin menjelaskan sebarang usul dari pembangkang jika diterima oleh Speaker perlu menunggu urusan kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.
Beliau memberitahu seperti kebiasaannya, pihak kerajaan mempunyai beberapa urusan seperti usul dan juga Rang Undang-Undang yang perlu dibentangkan.
"Urusan kerajaan ini usul ada, kemudian rang undang-undang ada, kita tengok di dalam dewan, pihak kerajaan akan membawa usul sidang ini akan berjalan sehingga bila-bila.
"Ini belum lagi, kita kena tunggu 18 Mei nanti. Sekiranya diusulkan agar persidangan dihabiskan apabila selesai urusan kerajaan, bermakna persaingan tamat sebaik sahaj selesai urusan kerajaan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.
Sebarang usul yang diterima dan dibenarkan bahas untuk persidangan kali ini perlu dibahaskan dalam tempoh sidang kali ini.
"Kalau diterima untuk sidang ini dan dibenarkan bahas maka usul tersebut perlulah dibahaskan ketika persidangan kali ini.
"Sekiranya tidak dibahaskan maka ahli Parlimen yang membawa usul tersebut perlu mengemukakannya sekali lagi pada sidang akan datang," tambahnya.
BACA: Dewan Rakyat terima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin
Beliau juga menjelaskan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti perlu diadakan kerana mengikut Pekara 55 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan selepas tarikh akhir persidangan sebelumnya.
Sekiranya ia tidak dilaksanakan, Parlimen boleh terbubar dengan sendiri manakala ahli parlimen yang tidak hadir juga boleh hilang kelayakan mereka.
BACA: Shafie Apdal sahkan surat usul percaya ke atas Tun M
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan dimulakan dengan titah ucapan perasmian oleh yang Yang Di-Pertuan Agong.
Untuk sidang kali ini, Takiyuddin menjelaskan tiada upacara pemeriksaan barisan oleh Yang Di-Pertuan Agong sepertimana biasa.
Topic Berkaitan
#bahas
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#Parlimen
#pembangkang
#persidangan
#Speaker
#Takiyuddin Hassan
#urusan
#usul
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan