Skip to main content

Politik

Warisan tetap bersama Tun Mahathir

71582540011_TBMASHUPj.jpg
Parti Warisan Sabah menyatakan ketetapannya untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan ringkas, parti itu menyatakan bahawa Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin Sabah akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri itu terutamanya dalam suasana politik negara sekarang.

Untuk rekod, Warisan mempunyai sembilan kerusi di Dewan Rakyat. 

Meskipun Warisan hanya mempunyai sembilan kerusi, peranannya bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi tetap penting dalam menentukan pembentukan Kerajaan Persekutuan sekarang.

BACA: GPS, Warisan dan kuasa penentu Kerajaan Persekutuan





Advertisement

Must Watch Video