Lembaga Disiplin UMNO perlu diwujudkan dengan barisan pengerusi dan ahli jawatankuasa yang tegas dan bukan daripada kalangan Majlis Tertinggi (MT) parti semata-mata.
Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu dibenarkan membuat siasatan susulan dan mengambil tindakan undang-undang.
Jelasnya, ia seharusnya dijalankan apabila jawatankuasa disiplin berkenaan mengenalpasti mereka yang bersalah dan menyerahkan hasil keputusan kepada SPRM.
"Ia menjamin rasuah atau politik wang boleh dihapuskan di dalam UMNO," katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.
BACA: UMNO perlu perkasa semangat pemberontak Melayu - Bekas ADUN
BACA: Bahtera UMNO lebih besar daripada mana-mana individu - Tengku Putra
Tengku Putra berkata demikian ketika mengulas lima iltizam Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang diumumkan pada Isnin.
Mohamad berkata, UMNO akan memerangi politik wang dan membangunkan wibawa UMNO sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani.
Selain itu Mohamad memberitahu, UMNO turut komited untuk menyuburkan sistem demokrasi negara melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang sekali gus menolak sebarang rundingan jalan belakang bagi meraih kuasa secara terdesak.
"Ia termasuk iltizam membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang serta membangunkan wibawa UMNO sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani.
"UMNO juga akan menjadi a learning political party yang menyerap keunggulan intelektual dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun daripada rakyat yang bersedia menyumbang kepada tanah air," kata Mohamad.
BACA: Tiada lagi rundingan pintu belakang bentuk kerajaan - Mohamad Hasan
BACA: UMNO Johor yakin tiada lagi yang keluar parti selepas ini
Dalam pada itu kata Tengku Putra, UMNO boleh terus di pentas politik negara dengan menamatkan riwayat 'warlords yang menjahanamkan parti di pada pilihan raya umum (PRU) lepas.
"Warlords juga dikatakan punca UMNO tidak akan berubah dari takuk lama. Paling penting semangat dan jiwa UMNO yang mahu berkhidmat kepada parti dengan ikhlas harus lahir dari jiwa setiap ahli.
"Ia menjamin UMNO akan bergerak ke satu langkah di hadapan dan budaya 'warlords' ini harus menjadi sejarah hitam di dalam parti," katanya.
Tengku Putra turut menyarankan sistem undi atas talian terus kepada ahli-ahli yang berdaftar.
"Benarkan masa sembilan jam contohnya dari jam 9 pagi sehingga ke 6 petang undi mengundi," ujarnya.
Kalau tidak, katanya, ia hanya angan-angan dan petikan ucapan yang sedap didengar sahaja seperti ucapan pemimpin UMNO Johor di perhimpunan parti sebelum tewas pada PRU lepas.
Jelasnya, mereka yang berkenaan telah memperkenalkan tawaran baharu (New deal) kepada Melayu dan seakan menyuruh mereka tidak perlu berterima kasih kepada UMNO sendiri.
"Semoga Allah memberkati perjuangan UMNO dan memelihara keluarga semua ahli-ahli kita yang taat dan setia kepada perjuangan ini. Amin," ujarnya.
Astro Awani
Mon Dec 31 2018
Menurut Tengku Putra, UMNO boleh terus berada di pentas politik negara dengan menamatkan riwayat 'warlords' yang menjahanamkan parti pada PRU lepas. - Gambar hiasan
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.