SEMUA tiket perlawanan pusingan pertama peringkat akhir Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan VIetnam pada Selasa depan yang dikeluarkan hari ini, sudah habis dijual.

Semakan di laman web Ticket Hotline menunjukkan semua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di portal berkenaan sudah terjual kesemuanya.

Laporan sebelum ini menyatakan ia dibuka untuk jualan sejak jam 9 pagi ini (Jumaat) bagaimanapun semakan pada jam 9.30 pagi mendapati tiket berkenaan sudah habis terjual.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan 40,000 tiket akan dijual secara dalam talian di mana 20,000 dijual pada Jumaat dan 20,000 lagi dijual pada Sabtu.

40,000 tiket lagi dijual di kaunter pada Ahad dengan lokasi penjualan akan diumumkan kelak.

FAM turut mengumumkan peminat bola yang hadir ke Stadium Rajamanglaa di Bangkok pada peringkat kedua separuh akhir mungkin diberikan keutamaan untuk mendapatkan tiket final ini.

BACA: #WeBelangTogether: Malaysia bertemu Vietnam di final Piala AFF