TOMMY Smith atau lebih dikenali sebagai 'Anfield Iron' meninggal dunia pada usia 74 tahun seperti yang disahkan Liverpool.

Smith, yang juga bekas kapten kelab itu, pernah memenangi empat kejuaraan liga melalui 638 penampilan sepanjang 18 tahun perkhidmatannya dengan The Reds.

Beliau merupakan tonggak utama ketika Bill Shankly membimbing Liverpool menjulang kejuaraan pertama Piala FA mereka pada 1965 dan 12 tahun kemudian, beliau merupakan penjaring yang membantu Liverpool memenangi kejuaraan Eropah dengan membenam Borussia Monchenghladbach.

"Tommy meninggalkan Jannette, Darren dan empat anak yang lain, iaitu Matthew, William, Jessica dan Imogen," kata Liverpool dalam satu kenyataan.

"Ingatan semua yang berada di Liverpool kekal buat keluarga Tommy dan rakan-rakannya."

Smith, yang merupakan pertahanan digeruni pada eranya, telah menjaringkan 48 gol dan memenangi sembilan kejuaraan utama buat Liverpool.

Beliau pernah mewakili dua pasukan di Amerika Syarikat, iaitu Tampa Bay Rowdies dan Los Angeles Aztecs, dan bersara pada 1979 selepas semusim menyertai Swansea City.