Atlet paralimpik negara, Hemala Devi Enny Kutty menterjemahkan semangat luar biasa apabila melawan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mengutip pingat emas peribadi kedua dalam acara olahraga temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Anak jati Segamat, Johor itu yang memenangi acara lontar peluru wanita F11/12 (masalah penglihatan) mendedahkan beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada demam selepas memenangi pingat emas sulung dalam acara lempar cakera F12 pada hari pertama olahraga dalam keadaan hujan, semalam.
Beliau meraih emas kedua hari ini dengan mengumpul 634 mata raza, disusuli atlet Filipina, Jeanette Aceveda (310) manakala wakil Brunei, Nor Hensan Mata terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa setelah meraih 275 mata raza.
"Saya sangat bangga kerana bukan mudah untuk memenangi acara hari ini yang menggabungkan dua kategori kecacatan berbeza dengan pemenang dikira berdasarkan sistem mata raza yang tertinggi dan walaupun saya demam, saya bagi motivasi kepada diri sendiri untuk terus berjuang demi mengharumkan nama negara.
"Sokongan padu daripada keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan turut menaikkan semangat untuk memberikan persembahan terbaik pada kali ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan.
Hemala Devi mengakui kejayaan merangkul dua pingat emas di laman sendiri merupakan kenangan terindah untuk dirinya sejak membuat penampilan sulung pada edisi 2009 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.
Beliau menambah kutipan dua emas berkenaan menyemarakkan semangatnya untuk memburu emas ketiga dalam acara merejam lembing wanita F12, Khamis ini.
"Catatan peribadi saya dalam acara lontar peluru sebelum ini adalah 30.30 meter dan semalam, saya catat 32.46 meter, jadi APG 2017 merupakan pencapaian terbaik saya sepanjang lima penyertaan pada Sukan Para ASEAN kerana saya bergelut dengan prestasi dan juga kecederaan dalam empat edisi terdahulu," jelasnya.
Dalam pada itu, Hemala Devi memaklumkan APG 2017 menjadi medan untuknya memburu tiket kelayakan beraksi pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
"Jurulatih memaklumkan, saya sudah layak dalam acara lempar cakera namun masih menanti kedudukan ranking rasmi dan saya amat berharap dapat beraksi di Indonesia nanti," katanya yang telah menyertai dua edisi Sukan Para Asia iaitu 2010 (China) dan 2014 di Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2017
Atlet negara Hemala Devi Eni mempamerkan pingat emas yang dimenangi dalam acara Lontar Peluru Wanita Kelas F11/F12 pada dengan lontaran sejauh 10.09 meter pada kejohanan Sukan Para Asean Kesembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Demam tidak halang Hemala Devi rangkul emas kedua APG 2017
Atlet paralimpik negara, Hemala Devi Enny Kutty menterjemahkan semangat luar biasa apabila melawan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mengutip pingat emas peribadi kedua.