PENGURUS Denmark, Age Hareide, yakin pasukannya mampu mengawal tekanan yang dihadapi anak-anak buahnya menjelang aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia 2018 berdepan Peru pada awal pagi esok.
Skuad bimbingan Hareide bakal memulakan kempen di Saranksk, sambil Australia akan menentang pilihan utama kumpulan, Perancis.
Tatkala Perancis dilihat sebagai calon pilihan untuk menjuarai Kumpulan C, persaingan kini menyaksikan tiga pasukan akan cuba merebut slot tempat kedua dan Hareide sedar, Peru yang tampil buat kali pertama di pentas itu sejak 1982 tidak akan memberikan laluan mudah buat Denmark.
"Sudah tentu jika kami mahu mencerahkan peluang untuk berada di tangga kedua, tiga mata sangat penting," kata Hareide.
"Kami akan melakukan segalanya untuk memenangi perlawanan ini. Tekanan sentiasa ada apabila beraksi di pentas Piala Dunia tetapi saya rasa Denmark lebih tertekan sewaktu berdepan Ireland di Dublin bagi aksi play-off.
"Pemain-pemain menunjukkan prestasi yang baik bersama kelab-kelab besar, jadi mereka sudah terbiasa dengan tekanan. Kami perlu sentiasa bersedia dengannya kerana aksi pertama pastinya sangat penting."
Untuk skuad ke Russia, Denmark hanya diperkuatkan oleh tiga orang pemain yang pernah merasai aksi Piala Dunia tetapi kehadiran pemain seperti Christian Eriksen, Andreas Christensen serta pemain baru Borussia Dortmund, Thomas Delaney, Hareide yakin akan kualiti pasukannya.
"Kami meluangkan masa bersama dalam tempoh yang lama dan ia adalah sesuatu yang baik. Kami juga telah menemui peranan yang terbaik buat pemain-pemain.
"Anda harus mampu bertahan dengan baik dan kini kami juga sedang mempertajamkan bahagian serangan. Saya teruja dengan barisan pemain yang ada," tambahnya.
Astro Arena
Fri Jun 15 2018
Dengan kehadiran pemain seperti Christian Eriksen, Andreas Christensen, Borussia Dortmund, Thomas Delaney, Hareide (kemeja putih) yakin akan kualiti pasukannya. - Foto Astro ARENA
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Denmark mampu hadapi tekanan Piala Dunia
Skuad bimbingan Hareide bakal memulakan kempen di Saranksk, sambil Australia akan menentang pilihan utama kumpulan, Perancis.