awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekuestrian: Sultan Mizan bolot dua emas

Astro Arena
Astro Arena
20/08/2017
02:03 MYT
Ekuestrian: Sultan Mizan bolot dua emas
Sultan Mizan menunggang kudanya RTES Anniversary bersama pasukan negara memanaskan badan sebelum memulakan perumbaan kuda lasak 80 km KL2017 di Terengganu International Endurance Park, awal hari ini. -- fotoBERNAMA
KEPUTUSAN Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ternyata berbaloi apabila meraih pingat emas dalam acara endurance berpasukan dan individu dalam aksi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Setiu, sebentar tadi.
Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.
Turut berada dalam skuad berpasukan endurance negara adalah Mohd Bulkhari Rozali, Muhammad Faris Haikal serta Mohamad Adhwa Embong.
Sebelum ini, baginda menarik diri daripada saingan Sukan SEA 2017 ekoran masalah kuda namun mengubah pendirian untuk kembali menyertai skuad negara sekaligus muncul sebagai sultan pertama yang akan bersaing dalam temasya dwitahunan itu.
Topic Berkaitan
#ekuestrian
#endurance
#KL2017
#Sukan SEA
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Sultan Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan