awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
Agong berkenan rasmi penyempurnaan pemuliharaan BSAS Fasa 1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Floyd Mayweather umum 'rematch' dengan Manny Pacquiao

Haider Yutim
Haider Yutim
16/09/2019
23:00 MYT
Floyd Mayweather umum 'rematch' dengan Manny Pacquiao
Pacquiao (kiri) dan Mayweather pernah bertembung pada Mei 2015, di mana pertarungan tersebut berakhir dengan Pacquiao ditewaskan menerusi unanimous decision. - Gambar fail
BINTANG tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather mengumumkan akan bertarung semula dengan seteru lamanya, Manny Pacquiao dalam satu perlawanan pertunjukan di Tokyo, Jepun.
Perkara itu dimaklumkan Mayweather, 42 tahun, menerusi sebuah klip yang dikongsikan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
"Saya Floyd 'Money' Mayweather. Apa yang saya sedang usahakan sekarang ialah (pertarungan) pertunjukan Mayweather vs Pacquiao di sini, Tokyo, Jepun. Nantikan," katanya dalam klip tersebut.
Selain itu, dia turut memuat naik kapsyen yang bertulis, "Pertunjukan Mayweather vs Pacquiao, Tokyo, Jepun.. akan datang."
Namun begitu, tarikh dan masa perlawanan tersebut belum ditentukan kerana dipercayai masih dalam perancangan.
Pacquiao pada Julai lalu telah mencabar Mayweather untuk mengadakan ‘rematch’ (pertarungan ulangan) dengannya jika mahu terus relevan.
BACA: Pacquiao kepada Mayweather: 'Rematch dengan saya kalau mahu terus relevan'
Petinju legenda dari Filipina itu membidas kenyataan Mayweather yang dilihat mengkritik perjalanan kariernya.
Mayweather menerusi laman Instagramnya pernah mendakwa karier dan legasi ‘PacMan’ telah dibina atas namanya, dan bukan dari Pacquiao sendiri.
Kedua-dua jaguh itu pernah bertembung pada Mei 2015, di mana pertarungan tersebut berakhir dengan kemenangan oleh Mayweather menerusi ‘unanimous decision’ (keputusan sebulat suara) selepas 12 pusingan.
Sejak dari itu, Mayweather hanya bertarung sebanyak dua kali sebelum mengumumkan persaraannya dari tinju profesional untuk kali ketiga selepas pertarungannya dengan bintang UFC, Conor McGregor.
Mayweather bersara dengan rekod tanpa kalah, 50-0.
Manakala, Pacquiao pula terus aktif termasuk menjuarai gelaran dunia welterweight WBA (super) pada Julai lalu selepas menewaskan Keith Thurman dari Amerika Syarikat.
BACA: Masih berbisa, Manny Pacquiao raih kejuaraan welterweight super WBA
Dengan keputusan terbaharu ini, Pacquiao, 40, kini melebarkan rekodnya kepada 62-7-2 dengan 39 kemenangan menerusi 'knockout'.
Dia juga merupakan satu-satunya juara dunia dalam lapan divisyen.
View this post on Instagram
Mayweather vs. Pacquiao exhibition Tokyo Japan coming soon Betrnk.com #TMT Japan
A post shared by Floyd Mayweather (@floydmayweather) on
Sep 14, 2019 at 2:09am PDT
Topic Berkaitan
#boxing
#exhibition match
#Floyd Mayweather
#IBF
#Jepun
#Manny Pacquiao
#Mayweather vs Pacquiao
#perlawanan pertunjukan
#Tokyo
#WBA
#WBC
#WBO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan