Pasukan Iran mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 apabila mengalahkan Emiriah Arab Bersatu 7-2 dalam saingan akhir yang berlangsung di Pantai Batu Buruk di sini pada Sabtu.

Jepun menduduki tangga ketiga selepas menewaskan Lubnan 6-3.

Pemain Iran, M.Mokhtari dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan itu selepas berjaya menjaringkan 12 gol.

Iran yang menewaskan pasukan tuan rumah 14-0 pada perlawanan sebelum ini turut diumumkan memenangi anugerah 'fair play'.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia Ali Kafashian, yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat. -- Bernama