Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Gol tunggal skuad Harimau Selatan itu adalah hasil jaringan penyerang importnya Gonzalo Cabrera pada minit ke-40.

Perak yang merupakan juara Piala Malaysia 2018, dilihat lebih banyak bertahan berbanding JDT yang lebih banyak menyerang.

Kemenangan kali kedua berturut-turut itu sekali gus memberikan tiga mata pertama kepada JDT pada aksi pembuka tirai Liga Super ini.

Ini juga merupakan kali keempat JDT menjuarai Piala Sumbangsih.