JUARA light heavyweight UFC Jon Jones berjaya mengekalkan takhtanya selepas menewaskan Thiago Santos melalui 'split decision' (keputusan berbelah bagi) pada acara UFC 239 di Las Vegas, Amerika Syarikat, pada Ahad.
Perlawanan menyaksikan kedua-dua atlet bertarung secara 'stand-up' (berdiri) hampir sepanjang lima pusingan, di mana banyak aksi tendangan dan serangan kaki dilakukan.
Meskipun Santos mempamerkan skil yang agak cemerlang pada pusingan pertama dan kedua, namun kecederaan kaki yang dialaminya pada penghujung pusingan keempat memberikan kelebihan kepada Jones.
Selepas tamat perlawanan, ketiga-tiga juri memberikan markah 48-47, 47-48, 48-47 yang memihak kepada Jones, sekali gus mengekalkan kejuaraannya.
Dengan kemenangan itu, Jones yang hanya pernah tewas sekali sepanjang kariernya pada 2009, kini melebarkan rekodnya kepada 25-1.
BACA: Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat
"Dia lawan yang sukar. Kita semua tahu Thiago berpeluang untuk KO-kan saya. Saya bertarung dengan bijak dan berjaya bawa pulang 'emas' ini untuk keluarga dan pasukan saya.
"Thiago seorang pemegang tali pinggang hitam dalam Muay Thai. Saya bangga dengan diri saya kerana mampu bertahan dengan seorang yang pertarung dalam kickboxing lebih lama dari saya," kata Jones ketika ditemubual selepas perlawanan.
Sementara itu, dalam perlawanan 'co-main event' pula, juara bertahan bantamweight wanita Amanda Nunes dari Brazil menundukkan Holly Holm menerusi TKO pusingan pertama untuk mengekalkan kejuaraannya.
Nunes menjatuhkan Holm pada minit keempat menerusi tendangan padu di bahagian kepala, diikuti dengan beberapa siri tumbukan sebelum pengadil menghentikan perlawanan.
Dia yang sebelum ini pernah mengalahkan beberapa jaguh hebat seperti Cris Cyborg, Ronda Rousey, Valentina Shevchenko dan Miesha Tate kini memegang rekod 18-4.
Selain itu, Nunes turut memegang kejuaraan dunia UFC untuk divisyen featherweight wanita.
Haider Yutim
Sun Jul 07 2019
Jones yang hanya pernah tewas sekali sepanjang kariernya pada 2009, kini melebarkan rekodnya kepada 25-1. - Foto AP
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes
Julianna Pena menumpaskan Amanda Nunes itu menerusi kuncian rear naked choke pada minit 3:26 pusingan kedua.
'Matchmaking' pertarungan, apa seterusnya selepas UFC 259?
Setiap kali berakhirnya acara UFC, pasti topik perbualan dan perdebatan di kalangan penganalisis, pengkritik mahupun peminat MMA akan tertumpu kepada apakah langkah seterusnya?
UFC 259: Tewaskan Megan Anderson, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan featherweight
Amanda Nunes berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang disandangnya selepas menewaskan Megan Anderson dalam aksi UFC 259, di Las Vegas, pada Ahad.
Empat juara dunia dalam tiga kelas berat berbeza, UFC 259 acara paling gah setakat ini
Ahad ini bakal menyaksikan satu lagi acara 'pay-per-view' (PPV) anjuran UFC, sebuah organisasi sukan seni bela diri campuran (MMA) terbesar dunia.
UFC 250: Amanda Nunes tumpaskan Felicia Spencer, kekalkan kejuaraan featherweight
Amanda Nunes berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang disandangnya selepas menewaskan Felicia Spencer dalam aksi UFC 250, di Las Vegas, pada Ahad.
Kamaru Usman, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan di UFC 245
Kamaru Usman berjaya mengekalkan kejuaraan dunia welterweight UFC yang disandangnya selepas menundukkan Colby Covington.
Pemenang menerusi 'knockout' ungguli senarai pemerima bonus di UFC 239
Seramai empat petarung dipilih bagi membawa pulang bonus 'Performance of the Night' bernilai AS$50,000 (RM206,796) setiap seorang.
Jon Jones, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan di UFC 239
Juara light heavyweight UFC Jon Jones berjaya mengekalkan takhtanya selepas menewaskan Thiago Santos melalui 'split decision' di UFC 239.
UFC 232: Nunes KO-kan Cris Cyborg dalam 51 saat
Juara UFC bantamweight wanita, Amanda Nunes berjaya meraih satu lagi gelaran dunia selepas menewaskan Cris Cyborg dalam aksi UFC 232, di California, pada Ahad.