awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
02/01/2016
11:43 MYT
KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida mendedahkan Tan Sri Annuar Musa melalui mesej Whatsapp bersetuju dengan dua syarat untuk menaja TRW. - Foto Facebook
Datuk Seri Vida mendedahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah pun menyatakan persetujuan terhadap dua syarat beliau untuk menaja The Red Warriors, lapor mStar.
Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menyatakan persetujuan tersebut disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui mesej Whatsapp yang diterima pada pagi Sabtu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran melibatkan perjanjian tersebut.
"I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat persetujuan daripada Kafa," katanya.
Datuk Seri Vida turut ditanya mengenai respon peminat pasukan Kelantan yang kebanyakannya tidak selesa dengan syarat tersebut.
"Saya sudah lali...dari dulu lagi dah kena macam ni. Saya tak terguris hati," ujar beliau yang sebelum ini masyhur sebagai penaja utama Gegar Vaganza terbitan Astro.
Beliau turut menyambut baik respon netizen yang mula menyunting foto stadium dan jersi pasukan ke warna merah jambu:
"Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu."
BACA: KAFA perlu lebih RM12 juta bentuk pasukan TRW yang kuat - Annuar Musa
BACA: Taja pasukan Kelantan: ‘Doakan kami ada jodoh’ - Datuk Seri Vida
BACA: Annuar Musa mahu penaja TRW runding ikut prosedur, elak salah faham
Topic Berkaitan
#datuk vida
#Kelantan
#Qu Puteh
#The Red Warriors
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan