Keputusan kerajaan untuk memberi kelonggaran khas kepada atlet negara di bawah Program Road to Tokyo 2020 (RTT) kembali menjalani latihan harian bermula bulan depan memberikan mereka masa mencukupi untuk mendapatkan kembali keyakinan menjelang temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, tahun depan.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata mereka berterima kasih atas kelulusan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk 265 individu di bawah program RTT menyambung semula latihan di tiga lokasi, iaitu Bandar Sukan Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi, dari 1 hingga 30 Jun.
"Bagi pihak atlet dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) yang sedang bersiap untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020, MOM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana telah mengambil inisiatif dan terus melibatkan pemegang taruh berkaitan untuk memastikan bahawa kepentingan atlet dan pegawai kita dilindungi," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, MOM menekankan bahawa kesihatan dan kebajikan pegawai dan atlet kebangsaan tetap menjadi keutamaan mereka, sambil menambah bahawa keselamatan untuk kembali menjalani latihan adalah proses secara berperingkat.
Badan induk sukan kebangsaan itu berkata prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan akan membolehkan atlet dan pegawai kebangsaan untuk kembali menjalani latihan di persekitaran yang paling selamat.
BACA: Road to Tokyo: Atlet diberi kelonggaran khas untuk berlatih mulai 1 Jun
BACA: Badminton: KBS kemuka permohonan khas kepada KKM, MKN sebelum Aidilfitri
BACA: Reezal cadang hantar permohonan khas untuk atlet 'Road to Tokyo'
"MOM akan terus mendapatkan nasihat Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Kebangsaan, atlet dan pegawai ketika kami terus memantau protokol terkini dan memperhalusi SOP bagi membolehkan latihan 'normal' dilaksanakan," tambah kenyataan itu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa kerajaan telah memberikan kelonggaran khas kepada 265 individu termasuk 57 atlet yang terlibat dalam program Road to Tokyo 2020 untuk memulakan persiapan dan latihan pada 1 Jun.
Kelulusan itu diberikan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, berikutan permohonan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai persiapan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020
MOM tetap menekankan bahawa kesihatan dan kebajikan pegawai dan atlet kebangsaan tetap menjadi keutamaan.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.