RONALDO mengkritik pemenang Ballon d'Or lima kali, Lionel Messi, tidak dipersalahkan apabila Barcelona tewas ketika kegagalan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ditujukan kepada Ernesto Valverde dan Philippe Coutinho.

Messi dan Barcelona tersingkir daripada UCL, Rabu lalu, dengan juara LaLiga itu mendahului 3-0 sebelum Liverpool bangkit dalam aksi kedua dengan kemenangan 4-0 di Anfield.

Ketua jurulatih Barca, Valverde, dihujani kritikan selepas harapan kelab itu meraih 'treble' lebur manakala penyerang, Coutinho, turut dianggap sebagai punca kekalahan mereka.

Legenda Brazil, Ronaldo – yang bermain untuk Barca dan Real Madrid –- percaya pemain-pemain lain turut perlu diberikan hormat yang sama seperti Messi.

BACA: UCL: Siapa yang lauk sebenarnya?

BACA: Messi & Co terpegun di Anfield

BACA: Ditinggal bas Barcelona, tak perlu bimbang kerana ini koleksi kereta Lionel Messi

"Barcelona memiliki pasukan yang hebat dan mereka memiliki pemain terbaik dunia, Messi," kata Ronaldo.

"Saya mendengar apabila mereka tewas, ia disebabkan Valverde, Coutinho... tetapi bukan Messi.

"Apabila mereka menang, Messi yang menjadi bualan utama. Ia merupakan kurang rasa hormat terhadap pemain-pemain lain dan staf kejurulatihan," katanya.

Berbincang mengenai perlawanan, Ronaldo berkata, "Ketika sesebuah pasukan memiliki motivasi yang tinggi, dengan keamatan yang positif berbanding pasukan lawan, kebangkitan sememangnya mampu berlaku.

"Apa yang dipamerkan Liverpool bukanlah satu kejutan kepada Barcelona tetapi mereka tidak bernasib baik.

"Barca bermain cemerlang dalam aksi pertama, persembahan mantap daripada Messi, tetapi untuk aksi timbal balik, Liverpool mendominasi mereka dengan keamatan, keinginan dan sentuhan yang klinikal," tambahnya.