SUKAN
Khabib kepada McGregor: 'There can be only one king of the jungle'
"HANYA boleh ada satu sahaja raja di rimba. Hanya satu."
Itu ungkapan juara lightweight dunia UFC, Khabib Nurmagomedov yang berkemungkinan besar ditujukan kepada Conor McGregor susulan pengumuman persaraannya.
McGregor pada Selasa mengejutkan peminat apabila petinju dari Ireland itu umum bersara dari sukan seni bela diri campuran (MMA) menerusi akaun Twitternya.
Persaingan di antara Khabib dan McGregor wujud sejak pertembungan mereka di UFC 229, Oktober lalu.
Pertarungan itu berakhir dengan McGregor ditundukkan menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 3.03 pusingan keempat.
Namun, selepas pertarungan, Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor.
Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang orang dari pasukan McGregor.
Menurut Khabib, tindakan itu dilakukan selepas dia dihina berbulan-bulan oleh McGregor termasuk serangan bas di Brooklyn.
Susulan insiden tersebut, Khabib dan McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).
Khabib didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami