Malaysia melangkah ke final acara bola sepak Sukan SEA 2017 selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Indonesia dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, kedua-kedua pasukan nyata bersaing sengit walaupun di peringkat awal Indonesia dilihat lebih menguasai perlawanan.

Malaysia juga melakukan beberapa gerakan berbahaya ke kubu Indonesia, namun tiada penyudah yang sempurna.

Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

BACA: Thailand menanti di final

Bagaimanapun, strategi yang diterapkan pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee membuahkan hasil apabila penyerang N. Thanabalan berjaya menyumbangkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 86.

Kejayaan itu sekaligus membawa Malaysia bertemu Thailand di peringkat akhir yang dijadualkan pada 29 Ogos ini.