Berita  | Sukan

KO 5 saat: 'Lutut terbang' memang strategi Masvidal buat Askren

KO 5 saat: 'Lutut terbang' memang strategi Masvidal buat Askren
Masvidal (kiri) melulu laju ke arah Askren dengan tendangan lutut yang deras. - Foto REUTERS
NAMA Jorge Masvidal semakin disebut-sebut susulan kemenangannya ke atas Ben Askren melalui tendangan lututnya pada Ahad ketika acara UFC 239.

'Gamebred' hanya mengambil masa lima saat untuk 'menghadiahkan' kekalahan pertama buat 'Funky' yang juga merupakan bekas juara di Bellator MMA dan ONE Championship.

Sebaik perlawanan bermula, Masvidal dilihat menunggu seketika sehingga Askren mula bergerak ke depan.

Tanpa membuang masa, Masvidal terus melulu laju ke arah Askren dengan tendangan lutut yang deras.
Tepat mengena sisi kepalanya, Askren terus rebah ke kanvas Octagon dan tidak sedarkan diri. Masvidal sekali gus mencipta sejarah dengan 'knockout' terpantas dalam sejarah UFC.

Dalam pendedahan terbaharu, rupa-rupanya tendangan 'lutut terbang' yang dipamerkan Masvidal sudah menjadi strateginya sejak dari awal lagi.

BACA: Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat

Menerusi ciapaan di laman Twitter Mike Brown (@MikeBrownMMA) yang juga julatih kepada Masvidal, dia dilihat sedang berlatih gerangan tendangan lutut 48 jam sebelum pertarungannya dengan Askren.


Dalam video tersebut Masvidal dilihat gigih berlatih tendangan lututnya. Tendangan tersebut begitu padu sehingga mengakibatkan rakan sepasukan Masvidal yang memegang 'pad' terpelanting ke belakang.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat Masvidal. Sebelum ini dia telah mengalahkan Darren Till juga menerusi 'knockout' ketika acara UFC Fight Night di London.

Masvidal sekarang ini sedang giat melobi untuk bertarung dengan Kamaru Usman bagi merebut gelaran juara welterweight UFC.





Tag: UFC 239, UFC, MMA, mixed martial arts, seni bela diri campuran, Jorge Masvidal, Ben Askren, lutut terbang, Masvidal flying knee, ONE Championship, Bellator MMA, KO lima saat, 5 second knockout, Kamaru Usman, Gamebred, Funky


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.