awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan Brussels: Euro 2016 dibatalkan?

Agensi
Agensi
23/03/2016
02:55 MYT
Letupan Brussels: Euro 2016 dibatalkan?
Kejohanan Euro 2016, acara bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia akan menampilkan 24 pasukan, dengan 51 perlawanan di 10 venue di seluruh Perancis. - Gambar fail
Serangan berkembar di Brussels pada Selasa menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan di Eropah, khususnya menjelang acara sukan besar seperti Euro 2016 yang dijangka bermula Jun depan.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve menegaskan insiden yang mengorbankan 34 nyawa itu memberi petunjuk keperluan kawalan keselamatan dipertingkat bagi mengelak tragedi tidak diingini.
Ancaman keselamatan berkenaan juga mewujudkan kesangsian berhubung keperluan untuk meneruskan atau membatalkan Euro 2016.
Bagaimanapun, Badan Induk Bola Sepak Eropah, UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan terus memantau tahap risiko kejohanan berkenaan.
BACA: 20 maut dalam satu letupan di stesen metro Brussels - Datuk Bandar
BACA: Belgium siarkan imej tiga suspek pengeboman Lapangan Terbang Brussels
BACA: 34 maut, puluhan cedera dalam letupan di Lapangan Terbang Brussels, metro
Kejohanan Euro 2016, acara bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia akan menampilkan 24 pasukan dengan 51 perlawanan di 10 venue di seluruh Perancis.
Sementara itu Pengurus Pasukan Wales, Chris Coleman berpendapat Euro 2016 wajar berlangsung seperti dijadualkan, biarpun ketika kebimbangan berhubung isu keselamatan meningkat.
FOTO: Letupan di lapangan terbang Brussels dan metro ragut nyawa
Jelas Coleman, penganjur perlu meneruskan acara berkenaan kerana pembatalan umpama memberi kemenangan kepada kumpulan pengganas.
Beliau juga yakin UEFA akan melakukan segala yang termampu untuk menjamin keselamatan semua yang terlibat dengan Euro 2016.
Topic Berkaitan
#Bernard Cazeneuve
#Serangan berkembar di Brussels timbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan di Eropah menjelang acara sukan Euro 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan