Peminat bola sepak di Malaysia binggung sama ada pemilik juara Liga Perdana Inggeris Manchester City berminat membeli salah satu kelab tempatan atau sebaliknya seperti yang disiarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Khamis lepas, delegasi City yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan City Ferran Soriano bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.
Syed Saddiq mengumumkan bahawa minat membeli sebuah kelab adalah salah satu daripada dua pelan awal yang dibincangkan di samping kerjasama pembangunan belia menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) serta Akademi Mokhtar Dahari (MDA) di Gambang.
Tetapi menurut teks yang diterima Tunku Ismail dari Soriano semalam, rakyat Sepanyol berusia 51 tahun itu menyebut bahawa dia berada di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan salah seorang penaja komersial mereka dan mempelajari tentang bola sepak Malaysia.
"Tuanku TMJ... Ini Ferran Soriano - City Gootball Group. Joan Laporta (bekas presiden Barcelona) memberikan saya nombor telefon tuan. Saya berlepas dari Kuala Lumpur menuju New York. Saya akan memaklumkan bila saya akan kembali ke Malaysia dan berharap dapat berjumpa dengan tuan.
"Saya berada di sini untuk bertemu dengan salah satu penaja komersial kami dan mengambil peluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai bola sepak Malaysia.
"Saya tahu tuan meninjau tempat latihan kami dan Pep Guardiola baru-baru ini. Saya harap kami dapat membantu atau memberitahu saya jika ada sesuatu yang boleh kami lakukan untuk tuan," tulis Soriano.
Terdahulu, Jumaat lepas TMJ yang juga pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia menyiarkan teks yang beliau terima daripada seseorang yang bernama Tincho 2 dalam berita Instagram yang memberitahu bahawa menurut Laporta, Soriano memberitahunya bahawa mereka tidak membeli mana-mana kelab.
"Ferran memberitahu saya ia adalah keterlaluan. Dia berada di Kuala Lumpur menemui penaja. Mereka mempunyai kepentingan di Malaysia seperti di mana-mana negara lain tetapi mereka tidak membeli mana-mana kelab," menurut teks Laporta yang Tincho 2 hantar kepada Tunku Ismail.
City Football Group diasaskan pada 2014 dan kelab yang sama telah ditubuhkan in New York.
Selain Manchester City, kumpulan itu juga memilik dan mempunyai saham dalam New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne City (Australia), Yokohama F Marinos (Jepin), Atletico Torque (Uruguay) and di Sepanyol Girona FC.
Mereka kemudian memperluaskan pengarah dalam dunia bola sepak dengan meningkatkan portfolio dengan membeli Sichuan Jiuniu February lepas yang merupakan kelab pertama mereka di China.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2019
Ferran Soriano dan Syed Saddiq pada pertemuan mereka di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, Khamis lepas. Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.