Bagi mereka yang meminati sukan ekstrem pula, Planet Gempak Astro turut menampilkan 'mini ramp' di 'booth' Astro Awani di mana peminat sukan papan selaju atau 'skateboarding' boleh mencuba bakat.

Satu pertandingan juga akan diadakan bagi mencari juara keseluruhan di kesemua empat lokasi Planet Gempak.

Pertandingan tersebut merupakan kerjasama antara Astro Awani.. iaitu program Adrenalin dan DC Malaysia.

Jadi jangan lepaskan peluang, datang ke Planet Gempak Astro di Stadium Batu Kawan Seberang Perai, Pulau Pinang bermula hari ini (29 Jun) sehingga Ahad (30 Jun).

Dan untuk butiran lanjut, dan perkembangan terkini Planet Gempak Astro, layari astroawani.com dan muat turun aplikasi Astro Awani di telefon bimbit dan tablet anda.