awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala M'sia: Selangor umum cuti Isnin, Azmin harap prestasi dipertahankan

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2015
02:43 MYT
Piala M'sia: Selangor umum cuti Isnin, Azmin harap prestasi dipertahankan
Selangor muncul juara perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 dengan menwaskan Kedah dengan jaringan 2-0. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap agar prestasi kemenangan pasukan Selangor akan dapat dipertahankan di masa akan datang.
Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau turut mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa selepas skuad Red Giants itu berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.
"Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah kemarau selama 10 tahun.
"Misi pasukan bolasepak Selangor untuk memenangi Piala Malaysia bagi kali ke-33 akhirnya menjadi kenyataan," katanya.
Keputusan berhubung pemberian cuti itu, menurut Mohamed Azmin, telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga telah turut dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Menurutnya, cuti itu bertujuan menzahirkan penghargaan kepada para penyokong pasukan itu serta seluruh rakyat Selangor yang telah membantu telah mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak negeri itu.
Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.
Pemain sayap Hazwan Bakri dijulang sebagai wira skuad Red Giants apabila menjaringkan kedua-dua gol buat pasukan pada minit ke-3 dan ke-48.
Skuad pimpinan Mehmet Durakovic yang bersemangat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Selangor telah menghadiahkan mereka dengan mempamerkan aksi dan taktik serangan yang baik.
Topic Berkaitan
#cuti
#Juara
#Kedah
#Mohamed Azmin Ali
#Piala Malaysia
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan