Pasukan Liga Perdana, PKNS FC mendapat suntikan semangat bagi menghadapi kancah Liga, Malaysia 2016 apabila bakal mendapat tajaan bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat produk kosmetik dan kesihatan.

Selepas Vida Beauty Qu Puteh dan D'Herbs terlajak laris, Megah Perawan pula tampil dalam pasaran bola sepak.

Ia menerusi perancangan menaja pasukan PKNS FC bermula musim ini selepas satu pertemuan diadakan pada Khamis.

Enggan mendedahkan jumlah tajaan serta syarat-syarat yang sudah ditetapkan, kerjasama ini hampir pasti menjadikan skuad PKNS lebih mantap musim ini.

"Ini adalah tajaan terbesar yang pernah kami keluarkan berbanding program lain sebelum ini," akui pengasas Megah Perawan Nurzarina Zakaria.

BACA: Datuk Seri Vida sah taja KAFA

BACA: Selepas Qu Puteh, 'Terlajak Laris' pula jadi buruan pasukan bola sepak

BACA: Selepas Dato Seri Vida taja TRW, Kedah pula bakal dapat tajaan hartawan?

Sementara itu, Presiden PKNS FC Siti Zubaidah menjelaskan kedua pihak akan berbincang dengan lebih terperinci bagi memastkan keduanya mendapat sesuatu dalam penajaan tersebut.

Penajaan ini tampak merancakkan lagi bola sepak Malaysia, namun Megah Perawan menafikan pembabitan mereka kerana mahu bersaing dengan mana-mana pihak.

"Saya memang berminat nak taja dunia sukan tapi sukan mana saya tidak tahu, jadi saya lihat bola sepak ini medan terbaik, semua orang terlalu fokus taja pasukan di liga super jadi saya mahu mulakan di liga perdana dahulu," jelasnya Pengarah Urusan Megah Perawan Khairilaziry Wahid.