Imej Stadium Sultan Muhammad IV bermandi warna merah jambu yang sebelum ini cuma bayangan kini bakal menjadi kenyataan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors telah menerima dua syarat Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk memberi tajaan.


Alhamdullillah perbincangan resmi KAFA-DS VIDA selesai sebentar tadi..DSV telah mengemukakan 33 point/terma tambahan dan...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Friday, January 8, 2016


Tajaan tersebut bernilai lebih daripada RM16 juta, lapor Harian Metro.

KAFA turut bersetuju melantik Datuk Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat pasukan Kelantan.


BACA: Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida disaran 'selamatkan' bola sepak Kelantan

BACA: Qu Puteh taja The Red Warriors: 'Bola sepak tak sama dengan hiburan' - Netizen


"KAFA lantik Datuk Seri Vida sebagai penasihat kehormat KAFA dan pasukan. Beliau mempunyai idea yang sangat baik dan akan dapat mencampuri urusan dan kaedah tata kelola pasukan Kelantan," katanya selepas bermesyuarat dengan usahawan itu hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Vida berkata, beliau turut gembira kerana KAFA turut bersetuju dengan 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakannya dalam mesyuarat tersebut.

"Dua syarat utama yang saya berikan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mencari publisiti kerana saya mahu bawa satu anjakan dalam bola sepak Kelantan dan Malaysia," katanya.

Satu majlis menandatangani perjanjian dan sidang media berkenaan kerjasama ini akan diadakan pada 15 Januari di Kuala Lumpur.


BACA: KAFA perlu lebih RM12 juta bentuk pasukan TRW yang kuat - Annuar Musa

BACA: Taja pasukan Kelantan: ‘Doakan kami ada jodoh’ - Datuk Seri Vida

BACA: Annuar Musa mahu penaja TRW runding ikut prosedur, elak salah faham