Tutup

Berita  | Sukan

Selepas kena TKO dengan McGregor, 'Cowboy' kini direhatkan 6 bulan

Selepas kena TKO dengan McGregor, 'Cowboy' kini direhatkan 6 bulan
McGregor menewaskan Cerrone menerusi technical knockout (TKO) pada pusingan pertama. - Foto AP
SUSULAN kekalahannya dengan Conor McGregor pada Ahad lalu, Donald 'Cowboy' Cerrone kini berdepan penggantungan perlawanan selama enam bulan atas sebab kecederaan.

Memetik laporan MMA Fighting, Cerrone, patah di bahagian hidung serta mengalami keretakan tulang orbital (rongga mata) akibat pukulan teruk dari McGregor.

Bagaimanapun dia akan dibenarkan untuk kembali bertarung lebih awal selepas mendapat pelepasan dari pihak perubatan.

Cerrone, 36 tahun, berdepan penggantungan perubatan (medical suspension) sehingga 17 Julai ini, dengan penggantungan minumum sehingga 18 Februari, serta tidak dibenarkan sebarang kontak sehingga 8 Februari.
Dalam acara utama di UFC 246 pada Ahad lalu, Cerrone ditumbangkan oleh McGregor dalam hanya 40 saat pada pusingan pertama.

BACA: McGregor hanya perlukan 40 saat tumbangkan 'Cowboy' Cerrone
Aksi welterweight yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas itu menyaksikan McGregor menewaskan Cerrone menerusi ‘technical knockout’ (TKO).

Kali terakhir dia bertarung ialah pada acara UFC Fight Night 158 di Vancouver, Kanada yang menyaksikan Cerrone ditundukkan oleh Justin Gaethje melalui TKO pada minit 4:18 pusingan pertama.

Cerrone kini mempunyai rekod profesional MMA sebanyak 36-14, manakala McGregor pula mempunyai rekod profesional 22-4.




Tag: Donald Cerrone, Conor McGregor, UFC 246, Cowboy Cerrone, UFC, MMA, mixed martial arts, medical suspension, technical knockout, TKO



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.