Berita  | Sukan

Serena Williams mudah jinakkan Eugenie Bouchard

Serena Williams mudah jinakkan Eugenie Bouchard
Serena Williams ketika beraksi menentang Eugenie Bouchard pada pusingan kedua Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne, Australia, 17 Jan, 2019. REUTERS
MELBOURNE: Serena Williams menepati ramalan apabila berjaya mengetepikan bintang Kanada Eugenie Bouchard dalam aksi straight set 6-2, 6-2 pada Khamis.

Kemenangan Williams ini melayakkan Amerika Syarikat mara ke pusingan ketiga kejohanan, seterusnya meneruskan usaha untuk merangkul kejuaraan Grand Slam ke-24 di Terbuka Australia.
Ini merupakan aksi pertama Williams selepas kekalahannya kepada bintang Jepun, Naomi Osaka, dalam final Terbuka Amerika Syarikat September lalu.

Williams akan berdepan bintang Ukraine yang juga pemain di kedudukan ke-57 dunia, Dayana Yastremska di pusingan ketiga.