KAPTEN pasukan Real Madrid dikritik hebat selepas dilihat tersenyum lebar dan tertawa ketika tonggak Liverpool, Mohamed Salah melangkah keluar padang selepas tercedera ketika aksi final Liga Juara-Juara Eropah di Kiev, Ukraine awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, Sergio Ramos dilihat mengepit lengan Salah ketika kedua-dua pemain itu bertembung, menyebabkan penyerang Mesir itu jatuh sehingga terkehel bahunya.
Salah cuba meneruskan permainan selepas itu, namun terpaksa menamatkan permainan terakhir dalam musim gemilangnya dengan tragis apabila tidak dapat menahan kesakitan lalu meninggalkan padang pada minit ke-30 dengan tangisan.
Pada ketika itu juga, kamera turut ditala ke arah Ramos, memperlihatkan reaksinya yang sedang tersenyum dan tertawa sambil berbual dengan penjaga garisan.
Walaupun tidak pasti dengan apa tujuannya, ekspresi Ramos itu dianggap tidak sesuai oleh pengulas BT Sport, Gary Lineker.
“Ramos nampak gembira, tidak tahulah apa yang sedang berlaku di sana.
“Dia agak menjengkelkan pada waktu-waktu lain juga ketika perlawanan itu,” katanya.
BACA: Klopp gusar Salah mungkin terlepas Piala Dunia
BACA: Maafkan saya - Karius
Ia turut mendapat reaksi negatif dan kecaman hebat daripada warga netizen yang menonton dan menyaksikan insiden itu.
Dalam perlawanan itu skuad Los Blancos merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool untuk muncul juara Liga Juara-Juara (UCL).
Sebagai rekod, Ramos pernah diarahkan keluar padang sebanyak 19 kali dalam saingan liga, paling banyak dalam sejarah La Liga dan mengutip 24 kad merah secara keseluruhan sepanjang kariernya bersama Los Blancos.
Insiden yang menyebabkan Salah cedera itu turut mengundang perdebatan hebat apabila ada yang melihat sebaliknya, dengan mengatakan ia satu asakan yang biasa dan Salah yang kurang bernasib baik.
Ramos juga mempertahankan tindakannya menerusi Tweetnya, dengan berkata ia rencam bola sepak yang ada sisi baik dan buruknya. Dalam Tweet itu juga pertahanan Sepanyol itu sekadar mengucap selamat sembuh kepada Salah.
Kecederaan dialami Salah itu mengundang kerisauan kepada kem Mesir yang bersiap untuk menghadapi kempen Piala Dunia pertama mereka sejak 28 tahun lepas, namun penilaian awal pasukan perubatan Liverpool optimis Salah sempat sembuh sebelum temasya di Rusia membuka tirainya.
Israr Khalid
Sun May 27 2018
Walaupun dianggap antara pertahanan hebat, Sergio Ramos memang dikenali dengan cara permainannya yang kotor. - Gambar Reuters
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Chelsea pecat Frank Lampard
Ia susulan lima kekalahan dalam lapan perlawanan yang meletakkan pasukan itu di tangga kesembilan dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.
Sergio Ramos tersenyum ketika Mo Salah tinggalkan padang kerana cedera
Kapten Real Madrid itu dikecam teruk apabila ekspresi wajahnya ketika Mo Salah tinggalkan padang selepas kedua-dua pemain itu bertembung.
Pengulas sukan Gary Lineker tunai janji tampil separuh bogel di televisyen
Gary Lineker mengirim tweet tahun lalu akan tampil 'hanya berseluar dalam' jika pasukan Leicester City juarai Liga Inggeris musim lalu.