awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium merah jambu: KAFA perlu dapat kebenaran Perbadanan Stadium Kelantan

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
02/01/2016
08:58 MYT
Stadium merah jambu: KAFA perlu dapat kebenaran Perbadanan Stadium Kelantan
Stadium Sultan Muhammad IV dibina pada tahun 1967 dan mempunyai kapasiti penuh 30 ribu orang penonton. - Foto Wikipedia
Salah satu syarat yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan Kelantan ialah menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu.
Walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum memberi sebarang kata putus, syarat pertama ini dilihat sukar untuk ditunaikan.
BACA: KAFA perlu lebih RM12 juta bentuk pasukan TRW yang kuat - Annuar Musa
BACA: Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida disaran 'selamatkan' bola sepak Kelantan
BACA: Taja pasukan Kelantan: ‘Doakan kami ada jodoh’ - Datuk Seri Vida
Menurut Berita Harian, setiausaha Perbadanan Stadium Kelantan (PSK), Azi Rahimee Mohamed menyatakan KAFA bukan pemilik stadium tersebut.
Sekalipun syarat itu mahu dipenuhi, KAFA dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi yang seterusnya akan dibincangkan di Mesyuarat Majlis PSK.
"Perkara ini perlu dibincang dengan teliti. Soal tukar nama pasukan terletak kepada KAFA, tetapi tukar warna stadium kepada merah jambu perlu mendapatkan persetujuan Mesyuarat Majlis PSK,” jelas Azi.
Azi turut menegaskan bahawa kuasa tersebut terletak sepenuhnya pada Mesyuarat Majlis PSK yang dianggotai 12 orang termasuklah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Presiden KAFA sendiri, Tan Sri Annuar Musa.
Tan Sri Annuar sebelum ini menegaskan semua rundingan tajaan perlu mengikut prosedur yang betul dan bukannya melalui sebaran media.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Datuk Seri Vida
#KAFA
#Kelantan
#Qu Puteh
#The Red Warriors
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan