Pertahanan negara, Wan Ahmad Amirzafran Wan Idris masih dalam proses mengasah bakatnya di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 walaupun dia antara pemain yang mendapat pujian daripada Datuk Ong Kim Swee.

Walaupun terlepas aksi temasya Sukan SEA di Singapura, Amirzafran telah bangkit semula daripada kecederaannya sekaligus menjadi pilihan utama dalam kesebelasan skuad negara di Gwangju.

"Secara peribadi, saya rasa saya mampu hasilkan paparan yang lebih baik daripada sebelum ini"

"Saya akan membuktikan kepercayaan jurulatih yang meletakkan saya dalam kesebelasan utama"

Kelibat Amirzafran tentunya ditagih Kim Swee menjelang perlawanan ketiga Kumpulan C menentang gergasi Asia, Jepun.

Namun, prospek berusia 20 tahun itu optimis skuadnya mampu lakar kejutan pada 7 Julai walaupun Jepun, selaku pendahulu Kumpulan C, kurang ampuh di jentera serangan (3 gol dalam 2 perlawanan).

"Kami tidak meletakkan keyakinan kami pada tahap yang tinggi sangat kerana Jepun merupakan gergasi Asia"

"Tetapi kami tidak mahu dipandang rendah, jadi kami harus beri segalanya."