awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
Banjir: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis belum beroperasi
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA

Bernama
Bernama
21/06/2019
23:30 MYT
Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Beberapa PBJ mendesak KAFA mengadakan EGM dalam kadar segera bagi memberikan laluan untuk proses pemilihan presiden dan barisan kepimpinan baharu. - Gambar hiasan
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersedia untuk mempertimbangkan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) seandainya dicalonkan pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.
"Setakat ini, tiada mana-mana pihak atau PBJ yang menghubungi saya untuk menyatakan hasrat mereka untuk mencalonkan saya bagi jawatan berkenaan namun saya sedia mempertimbang dan meneliti hasrat mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Jumaat.
Wan Abdul Rahim kini menjadi sebutan untuk dicalonkan sebagai Presiden KAFA. Selain beliau, turut dikaitkan dengan jawatan tersebut termasuklah Ketua Cabang PKR Bachok. Datuk Mohd Rowi Dollah yang juga anggota exco KAFA bagi penggal 2018-2021.
Sementara itu, Mohd Rowi berkata beliau menolak untuk dicalonkan sebagai presiden walaupun beberapa PBJ telah menghubungi beliau untuk dicalonkan ke jawatan berkenaan.
"Saya mahu memberi laluan kepada individu yang layak bagi mengisi jawatan terbabit untuk membawa sukan bola sepak negeri ini ke arah yang lebih baik, " katanya.
BACA: Rosmadi nafi tawar diri jadi Presiden KAFA
Mohd Rowi berkata beliau bagaimanapun tidak menolak sekiranya dicalonkan untuk jawatan naib presiden atau anggota exco persatuan berkenaan.
"Saya mahu membantu KAFA mungkin sebagai naib presiden atau exco dan tidak berhasrat untuk menjadi presiden," katanya.
BACA: Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA
Akhbar sebelum ini melaporkan Bibi Ramjani melepaskan jawatan presiden menerusi Facebook rasminya selepas mengemudi persatuan itu selama tiga musim.
Susulan pengumuman terbabit, beberapa PBJ mendesak KAFA mengadakan EGM dalam kadar segera bagi memberikan laluan untuk proses pemilihan presiden dan barisan kepimpinan baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#calon
#EGM
#KAFA
#Kelantan
#kepimpinan baharu
#letak jawatan
#Mohd Rowi Dollah
#Parti Amanah Negara
#pemilihan
#Persatuan Bola Sepak Jajahan
#Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan