Setelah LG mengumumkan televisyen TV 8K yang boleh digulung, kini giliran Samsung pula membangkitkan kekaguman para hadirin CES 2019.

Samsung akan perkenalkan telefon mudah alih 5G yang pertamanya tahun ini.

Namun demikian, tarikh sebenar pemasaran produk ini tidak diumumkan oleh syarikat itu.

TV 8K sebesar 98 inci ini merupakan antara produk premium Samsung di acara CES, iaitu sebuah pameran teknologi pengguna yang terbesar di dunia.

Syarikat gergasi elektronik itu secara rasmi melancarkan barisan TV 2019-nya di CES, dan siri Q900 berasaskan QLED akan merangkumi pelbagai model 8K yang digariskan oleh versi 98-inci yang mengghairahkan.

Terdapat juga versi 65-, 75-, 82- dan 85-inci sekiranya pengguna inginkan versi yang lebih selesa.

BACA: CES 2019: LG sah pasarkan telefon 5G, juga perkenalkan TV 8K boleh lipat

Semua TV Q900 menggunakan cip 8K Prosesor Kuantum yang bergantung pada teknologi berasaskan AI, atau pintar-buatan.

Menurut Samsung, tarikh pemasaran TV QLED 98 inci ini belum dikenal pasti bagi pasaran Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Selain itu, Samsung juga menggunakan Bixby untuk hampir kesemua produk mereka.

Bixby adalah alat suara AI, sama seperti Apple Siri atau Amazon Alexa dan Google Assistant.

Semua peralatan perumahan Samsung boleh dikawal melalui Bixby.

Buat pertama kalinya, Astro AWANI memberi liputan secara langsung di CES 2019 di Las Vegas. Ikuti segala perkembangan CES 2019 bersama Editor Bisnes Astro AWANI melalui laman sosial beliau @ibrahimsaninet