Portal berita pemberi maklumat atas talian Sarawak Report melancarkan aplikasi mudah alih yang direka bentuk khusus untuk telefon pintar berasaskan Android.

Perkara tersebut diumumkan oleh Sarawak Report menerusi akaun Twitternya hari ini.

Menurut Sarawak Report, oleh kerana portal tersebut telah dihalang aksesnya di Malaysia, pengguna kini boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma bagi mendapatkan berita-berita terkini.

Menggunakan jenama ‘Sarawak Report’, produk itu berperanan sebagai platform bagi pengguna mendapat akses kepada berita-berita terkini yang meliputi berita tempatan.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Google Play Store.


Portal Sarawak Report berpangkalan di London dan menjadi tumpuan utama dunia sejak beberapa bulan lalu ekoran penyebaran maklumat kontroversi yang melibatkan syarikat 1MDB.